Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, December 13, 2018

Travelog Dakwah: Dari Bangi Ke Seoul ~ Dr. Mat Rofa Ismail

(SEM & SS) RM39.00 > RM34.30

Buku ini merakamkan detik yang menyayat hati lagi bermakna dalam sejarah keluarga penulis yang dipadukan dengan pengalamannya bersama IIIT dalam penyebaran integrasi ilmu. Tragedi yang berlaku di Seoul, Korea membawa kepada penulisan buku ini. Ia turut merakam secara ringkas sejarah Islam di Korea sebagai latar belakang peristiwa yang dialami penulis. Penulis rakamkan peristiwa ini sebagai kenanganabadi serta renungan para pembaca sekiranya dalam kisah tersebut terdapat sedikit pelajaran untuk renungan bersama.

Penulis juga mencatatkan perjalanan dakwah ilmiahnya ke serata pelosok negara bagi memperkenalkan integrasi ilmu Islam yang menghubungjalinkan subjek akademik dengan agama, sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam pendidikan hari ini.

Tuesday, December 11, 2018

Nota Cinta Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku Nota Cinta Daripada Tuhan ini merupakan susulan daripada Nota Daripada Tuhan hasil karya Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Halim. Buku ini menghimpunkan koleksi nota atau tafsir penulis berinterpretasikan dalam bentuk cerita daripada hadis dan pengalaman penulis sendiri. Sarat dengan nasihat dan pedoman bagi membawa umat Islam menuju syurga yang di redhai-Nya.

13 Golongan Bukan Rasul Dalam Al-quran ~ Dr. Mohd. Fhakhrurazi Abdul Halim

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Buku ini dihasilkan dengan mengeluarkan 13 kisah-kisah mereka yang beriman yang bukan rasul daripada al-Quran. Kisah mereka yang tersebut dan dinyatakan dalam al-Quran. Ada yang disebut secara jelas dan ada yang kurang jelas. Maka kajian mengenai mereka itu digali lagi dengan mengumpulkan ayat-ayat berkaitan, diikuti dengan rujukan daripada hadis, tafsir muktabar dan kitab-kitab yang dipercayai kebenarannya.

Monday, December 10, 2018

Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

 (SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Lemuria adalah sebuah tamadun yang hebat dengan kepakaran dalam seni bina yang canggih, sezaman dengan tamadun Atlantis. Tamadun Lemuria dikatakan milik bangsa Melayu yang wujud berlokasi di kepulauan nusantara suatu ketika dulu. Namun, sehingga kini tamadun Lemuria terus lenyap bersama sejarah bangsa Melayu yang gemilang, seolah-olah sengaja ditutup.

Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kehilangan Empayar Lemuria tetapi turut mendedahkan kegemilangan Bangsa Melayu suatu ketika dulu yang kini telah ditutupi dan cuba dilenyapkan dari pengetahuan generasi kini.

Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah ~ Raffar Mat

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selepas kegagalan kerajaan Umaiyah meneruskan kekhilafahannya, bani Abbasiyah bangkit sebagai kerajaan baru yang memimpin Islam di tanah Arab dengan pelbagai pergelutan dan konflik. Bahkan tidak terhitung banyak pertumpahan darah bagi mempertahankan setiap kerajaan dan wilayah jajahan. Menariknya, sewaktu pemerintahan di Baghdad diambil alih oleh bani Abbasiyah (132-656H/750-1258M), berlangsung sebuah lagi kerajaan Islam bani Umaiyah yang gah berkembang di Sepanyol.

Kerajaan Khalifah Islam: Jilid 2 - Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah Dan Kemunculan Kerajaan Umaiyah Di Andalus mendedeahkan tentang kerajaan khalifah Islam yang bakal menjadi pedoman kepada sekalian umat manusia.

Yang Sahih Mengenai Manusia, Alam, Malaikat, Nabi, Jin & Hari Akhir ~ Muhammad Abdulloh Suradi

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Kisah para Nabi r.a dan sirah Nabi s.a.w yang biasa kita baca tidak terlepas dari riwayat yang tidak sahih. Begitu juga kisah para sahabat Nabi dan tokoh Islam. Justeru itu, harus kita mengutamakan riwayat yang sahih ketika membaca kisah insan-insan mulia yang sebahagian namanya terpateri dan mewangi dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Buku ini juga turut kongsikan riwayat sahih tentang masa awal penciptaan makhluk sebelum manusia, langit, bumi, malaikat, jin, dan manusia hingga hari akhirat.

Membongkar Misteri Tamadun Awal & Dunia: Mesir Kuno ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Mesir Kuno yang dikenali sebagai Bumi Firaun merupakan anatara tamadun terawal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang Timur kerana kurang diberi perhatian akan peripentingnya.

Buku ini juga menghuraikan tentang latar belakang kemunculan tamadun Mesir Kuno meliputi latar masa dan kedudukan geografinya. Juga sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial Mesir Kuno. Buku ini turut membawa pembaca menyelami misteri Mesir Kuno yang dimanisfestasikan melalui pembinaan monument misteri seperti piramid, sphinx, kuil-kuil dan obelisk.

Menyingkap Tabir Misteri Ilmu Falak ~ A. Faiz Salbini

(SEM & SS) RM31.90 > RM28.00

Buku ini memberikan pengenalan kepada ilmu falak atau astronomi. Ia memberikan asas pemahaman tentang objek-objek yang ada di langit dan angkasa lepas. Ilmu falak telah lama dipelajari oleh ilmuwan Islam; malah orang Islam merupakan pelopornya. Ilmu falak memberikan banyak manfaat kepada manusia. Pada masa yang sama, ia menunjukkan keagungan dan kesempurnaan ciptaan Yang Maha Esa.

Buku ini juga memaparkan tentang lapisan langit, tentang bintang dan planet, serta waktu dan jam yang ditentukan oleh manusia berdasarkan ilmu falak.

Membongkar Kemunculan Rahsia Nabi Isa Di Menara Putih ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Tahukah kita bahawa sebelum kemunculan Dajjal, akan datang kira-kira 30 dajjal? Mereka inilah dajjal sebelum Dajjal Hakiki. Sama ada kita sedar ataupun tidak, para dajjal telah wujud di dunia ini sejak zaman dahulu sehingga kini. Apabila semua dajjal itu telah muncul, maka muncullah Dajjal Hakiki yang kelak akan diperangi oleh Imam Mahdi bersama kumpulan Panji-panji Hitam Islam yang sejati. Kemuncak peperangan ialah apabila Nabi Isa AS turun di Masjid Menara Putih di Damsyik, Syria dan membunuh Dajjal.

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia: Pandang Sisi Peradaban Manusia Mesopotamia ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Mesopotamia merupakan tamadun awal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang timur kerana kurang diberi perhatian akan kepentingannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...