Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, January 7, 2019

Kemuliaan Zikir ~ Imam Al-Suyuthi

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kitab ini merupakan ringkasan daripada kumpulan doa dan zikir harian Rasulullah saw yang dikumpulkan oleh Imam al-Nawawi r.a dalam kitabnya yang terkenal, iaitu al-Adzkar. Kitab ini wajar diterjemahkan sebagai galakan dan panduan kepada kita umat Islam untuk sentiasa mengamalkan doa atau zikir yang bersandarkan kepada Rasulullah saw. 

Baginda mengajarkan kita untuk mengamalkan doa-doa tertentu dalam melakukan perkara yang kecil seperti doa ketika berpakaian sehinggalah perkara yang besar dan seperti doa semasa peperangan.

12 Kunci Cepat Rezeki ~ Mukhlas Syarkun

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku yang bertajuk 12 Kunci Cepat Rezeki ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa hakikat rezeki adalah mutlak dalam kekuasaan Allah swt. Dialah Yang Maha Berkuasa terhadap segala-nya termasuk mempercepat, menutup atau memperlahankan rezeki. Penulis melalui buku ini ingin mendedahkan pelbagai petunjuk dari-pada Allah swt sama ada daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama berkaitan cara mudah beroleh rezeki.

Tafsir Surah Al-Fil ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fil dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Skor Mumtaz: Muzakkirat Syariah Tingkatan 3 ~ Robitah Qalamiah

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.10

• Membantu pelajar menguasai pelajaran AsSyariah Islamiah dengan lebih baik.
• Terjemahan yang mengikut buku teks As-Asyariah tingkatan 3.
• Sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi guru-guru matapelajaran As-Syariah tingkatan 3.
• Boleh dijadikan bahan rujukan untuk memahami tajuk-tajuk tertentu dalam ilmu fekah.
• Buku ini mempunyai terjemahan yang mudah difahami oleh pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
• Mempunyai grafik yang menarik minat pelajar untuk membaca buku ini.

Friday, January 4, 2019

Budak Meja Belakang: Pax Americana ~ Shah Ibrahim

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Buku ini adalah sequel daripada buku Budak Meja Belakang. Jika Budak Meja Belakang pertama adalah berkenaan kisah coretan penulisan semasa daripada bangku sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah, Budak Meja Belakang Pax Americana pula adalah sambungan kisah beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika.

Selain daripada kejutan budaya, pelbagai kisah menarik bersama rakan-rakan Mat dan Minah Salleh, serta rakan serumah, pensyarah dan masyarakat sekeliling lain. Dalam Budak Meja Belakang ada Farah, kali ini dalam Budak Meja Belakang Pax Americana pula ada Mia. Bagaimana kesudahan cerita bersama Mia ini. Semua terjawab dalam buku ini.

Kilas Dalam Kias ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

Amalan Penawar Kesedihan & Kesempitan ~ Muhammad Hosnee Zainal Abidin Al-Azhari

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Buku ini memaparkan risalah ringkas berkaitan doa dan zikir yang diajarkan oleh ulama untuk menjadi ubat dan penawar kedukaan, kesedihan, kesempitan, kegusaran dan seumpamanya.

180 Koleksi Doa Mustajab ~ PTS

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Buku ini menghimpunkan 180 doa mustajab yang dipetik daripada hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan ketenangan hati, kekuatan jiwa, dan kebahagiaan hidup.

Antara doa yang terdapat dalam buku ini adalah:
- Koleksi Doa Harian
- Koleksi Doa untuk Keluarga
- Cemerlang dengan Doa
- Menjemput Rezeki dengan Doa
- Amalan Ayat-Ayat Syifa

Asbabun Nuzul: Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Quran ~ Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w. berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna Al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.

Buku ini disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir Al-Quran, iaitu Profesor Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan juga sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Allah s.w.t. itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:
Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Allah s.w.t. kepada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...