Yunani dan Rom merupakan dua tamadun terawal yang muncul diBenua Eropah. Muncul seawal tahun 3300SM dan berkembang selama lebih 3 ribu tahun telah menjadikan tamadun in terkenal dalam pensejarahan Dunia Barat Moden. Sejarawan Barat menggelar kedua-dua tamadun tersebut sebagai Pemula aka Tamadun Awal Eropah. Malah walaupun hiatus hampir 1000 tahun berlaku di benua tersebut, namun Barat Moden masih mengagung-agungkan Tamadun Yunani dan Rom sebagai pengasas Tamadun Eropah Moden.
Malah, sikap membanggakan bangsa sendiri telah menyebabkan rami sejarawan Barat menggelapkan peranan Tamadun Islam di Benua Eropah yang membawa kepada cahaya aka Renaissance. Tamadun Yunani dan Rom telah mewarnai pensejarahan dunia selari dengan perkembangan tamadun awal di belahan lain dunia seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Kuno dan Huang He serta Tamadun Alam Melayu.
Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah politik yang melibatkan kepimpinan dan kawasan bag kedua-dua tamadun tersebut. Seterusnya turut disorot dari sudut perkembangan ekonomi dan sosial. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Yunani dan









