Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, November 15, 2022

Apa orang nak kata, abaikan


Biarlah apa orang nak kata.

Kita tahu kita siapa & kita tahu kekurangan serta kelebihan diri.
Yang penting, buat apa Allah suka 😇

Buku: Log-in Diri. Mustread Sdn Bhd.

Thursday, November 10, 2022

Saya Tunggu Awak ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM70.00 > RM65.00

Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. 

Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH. Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. 

Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.

Ujian , tenang-tenang saja ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Buku ini seolah-olah menjadi medium recharge diri dan jiwa. Di saat kelelahan dan keletihan mengharungi ujian kehidupan, buku ini muncul menjadi pendamai di antara jiwa manusia yang resah dengan keadilan yang Maha Pencipta. Banyak refleksi dan teguran yang mendekatkan diri kepada Allah. Aksara penulisan yang santai dan padu kerap menjentik nurani agar terus bersangka baik dengan Allah demi menghilangkan derita dan resah yang ditanggung selama ini.

I Love Me ~ Enie Nawawi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Banyak yang boleh dipelajari dan diamalkan daripada tajuk yang dimuatkan dalam buku ini. Semoga pembaca I LOVE ME mampu berdamai dengan takdir masing-masing. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekalipun melupakan kita. Kita sahajalah yang sebenarnya tidak sedar diuntung.
 

Tentang Kita ~ Mazlida Hassan

(SEM &SS) RM25.00 > RM24.00

Menelusuri TENTANG KITA, terasa manisnya hidup bertuhan. Allah yang memberikan kita ujian dan Allah jugalah yang seringkali memujuk, memberi kekuatan dan menyelesaikan. Kita hanya perlu percaya bahawa bantuanNya akan tiba dan percaya bahawa di sebalik setiap kesusahan ada kemudahan. Itu memang janjiNya di dalam Al-Quran.
 

Warkah Untuk Pak Biden ~ Nuha Books

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Warkah Untuk Pak Biden bukan warkah yang biasa-biasa. 30 warkah penyumbang yang termuat di dalamnya adalah suara hati, iltizam dan harapan rakyat Malaysia yang diwakili oleh mereka.Ini bukan surat peribadi. Ini adalah lontaran hasrat dan impian untuk dunia yang lebih aman, berakauntabiliti dan yang paling penting, lebih manusiawi. 

Menulis warkah kepada seorang Presiden sebuah kuasa besar, maju dan sering mendabik sebagai polis dunia menuntut kerja rumah dan pasungan fakta yang diadun dengan penuh hikmah. Harapanya, 30 warkah yang disumbangkan ini mampu menjentik akal budi seorang Presiden yang dewaa bersama pengalaman sebagai manusia yang sering diuji selain mengenali dengan sepak terajang politik selama hampir lima dekad! Kami tidak mahu berlebihan, kami mahu anda menekuni naskah ini seadanya!
 

Hijrah Hati ~ Shahrul Zaman Lukman, Khairunnisa Hamzah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Semakin jauh kau berjalan, semakin 'nampak' Tuhan. Subhanallah. Ini hal yang paling penting dalam hidup mati seorang manusia, yang menentukan bahagia tidaknya dia, yang menentukan syurga nerakanya. Inilah hal yang terpenting dalam kehidupan seorang khalifah seperti diberitakan oleh Rasulullah. Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).

Consumerchant: A revolutionary sharing economy business model ~ Dato' Wira Louis Ng

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Consumerchant - A business model that benefits everyone with no regard to age, gender, education and finances. This business model aims to provide an extraordinary online trading and shopping experience for merchants and consumers, where they can buy and sell at little to no operating cost at all, and yet be rewarded with great legitimate incomes.

The writer believes everyone can live a financially sound life if given the opportunity and with this book, he is sharing the secret to achieving financial stability through our revolutionary sharing economy business model if consumerchant which would change our lives forever.

Chapter 1
Consumerchant: New Economic Business Model
Chapter 2
Consumerchant of E-Commerce Towards Digital Economy
Chapter 3
The Concept of Consumerchant Through The Power of Referral Marketing
Chapter 4
Customer-Driven Business Concepts: Creating Value For Target Customers
Chapter 5
New Drivers of Online Merchants: An International Perspective
Chapter 6
Leveraging Social Media In The Digital Age
Chapter 7
Online Shopping Business Concept
Chapter 8
E-Commerce, Consumerchant And The Digital Economy
TENTANG PENULIS:
Dato’ Wira Louis Ng
The Founder and Executive Chairman of PG Group, is the brains behind the renowned ConsuMerchant sharing economy business model.

Bagaimana menjadi seorang pemaaf?


 SAMPAI BILA MAHU BERDENDAM?

Belajar teruskan hidup dengan gembira 🥳🎈
Jom cuba panduan yang dikongsi Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dalam #majalahsolusi isu 100.

💓 Don't keep allowing the same things to upset you. Life's too short to live that way.
- Joel Osteen -

Apa ya dosa kita lakukan sampai tak baca al-quran?


Peringatan buat diri sendiri & anda juga.Bacalah al-quran. Ia ilmu yang Allah mahu beri pada hari kita membacanya.
Iqra'

Buku: Head with serban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...