Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, June 18, 2023

Surat Cinta Ilahi ~ Asyiqin Al-Shaeir

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

SURAT CINTA ILAHI adalah kumpulan puisi dan prosa oleh Asyiqin Al-Shaeir. Setiap puisi ditulis dengan indah dan membawa makna yang mendalam di sebaliknya. Buku ini wajib dimiliki oleh pencinta puisi yang dapat menghargai puisi yang mempunyai unsur mistik di dalamnya.
 

Sabar mampu membimbing kita ke arah kekuatan


Ujian hidup setiap hari berbeza. Ada ilmu sabar Allah mahu mengajar kita.

Buku: Shahidan Shuib. 2017. Cikgu Kampung. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Bagaimana dapatkan bahagia paling mudah?


Peniaga pagi tadi happy bila saya ucapkan selamat pagi & doakan dia murah rezeki. Pantas dia aminkan & senyum.Gembirakan hati orang tidak sukar gais. Ianya percuma & adakala hanya dengan senyuman sahaja. 😊😊

Buku: Syafiq Nasri. 2017. Run Back. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Keajaiban Sedekah ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Selama ini kita memandang sedekah sebagai sesuatu yang biasa. Sebaliknya hakikat sedekah jelas menunjukkan bahawa seseorang akan dikurniakan dengan pelbagai balasan dan ganjaran. Ia bukan hanya di akhirat, tetapi banyak balasan dan keajaiban berlaku di dunia atau semasa seseorang hidup lagi. Ia merangkumi kurniaan rezeki yang melimpah ruah, diselamatkan dari bala bencana, disembuhkan dari penyakit, dibebaskan dari ancaman musuh dan banyak lagi.

Melalui kisah-kisah dalam buku ini, ai akan membuka pandangan kita dengan pelbagai keajaibannya yang dahsyat. Percayalah, banyak manfaat dan faedah akan kita peroleh selain mengharapkan ganjaran di sisi Allah.

Inilah Doaku (Edisi Kemaskini) ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi.

 

Salam Terakhir ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Buku ini menghimpunkan nasihat-nasihat daripada seorang bapa kepada anaknya. Langgam bahasa yang digunakan menggambarkan kasih yang mendalam seorang bapa yang mungkin tidak terzahir pada tutur katanya. Di pertengahan perjalanan penulisan buku ini, penulis diuji dengan pemergian anaknya yang dikasihi. Namun, ia tidak mematikan semangatnya untuk terus menyiapkan beberapa bab yang berbaki. Naskhah yang berada di tangan anda adalah bukti kesungguhan seorang bapa dalam mentarbiah anak-anaknya. Lambang cinta dan rindu yang tak berpenghujung. Kerana itulah Salam yang Terakhir.
 

Garis Masa Hayat Al-Rasul s.a.w ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM70.00 > RM66.00

Perjalanan sirah Rasulullah SAW penuh dengan suka duka dan pahit manis yang sukar untuk digambarkan. Pun begitu, kami melihat usaha memvisualkannya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi mentahqiqkan kecintaan dan pemahaman yang mendalam akan sirah Rasulullah SAW.

Buku yang berada di tangan anda ini adalah rangkuman sirah Junjungan yang Mulia, yang disusun satu persatu berdasarkan peristiwa dengan ringkas dan mudah melalui jalur kronologi dan garis masa berdasarkan rujukan kitab-kitab sirah.

 

Baiti Jannati: Rumahku Adalah Syurgaku ~ Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Syurga bagi anak-anak adalah ibu bapanya. Syurga bagi suami dan isteri adalah pasangannya. Syurga bagi sebuah keluarga adalah sudah pasti adalah rumahnya. Betapa indahnya syurga rumahtangga yang dihiasi haruman kasih Ilahi dan semerbak petunjuk Nabawi. Baiti Jannati tampil sebagai satu usaha kecil untuk memberi pemahaman dan panduan untuk membentuk rumahtangga bak syurga yang menjadi dambaan setiap keluarga yang bahagia.
 

Divine Love Letters ~ Asyiqin Al-Shaeir

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Divine Love Letters is a collection of poetry and prose by Asyiqin Al-Shaeir. Each poems are beautifully written and carries a deep meaning behind it. This book is a must have for those who appreciates poems that have an element of mystic in it.
 

Belajar sangka baik kepada Allah


Belajarlah menerima apa yang tak disangka-sangka terjadi setiap hari.Kita doa yang baik-baik untuk diri kita & orang sekeliling 😊😊💕

Buku: Head With Serban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...