Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, August 23, 2023

Bila kita down, kita ingin usaha bangkit kembali, kita belajar sesuatu tentang diri sendiri


Try to stay focus & stay strong. Kita kenali diri kita bila kita dalam saat sukar, susah dan ingin usaha bangkit kembali.
Pentingnya, jangan lupa Allah & Rasul.

Buku: Hafizzudin Afif. 2017. Istiqomah. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Embracing The True You ~ Sharifah Nadirah

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

More often than not, the environment that we live in throws us into a pit of toxicity. We face this almost everyday – at work, at home, at gatherings and everywhere. Negativity comes in a lot of ways – from people, perceptions, judgments, and nasty words. Without us realising it, we have allowed these negativities to dictate our life. We have let people and their perceptions to govern our happiness.

This is when we need to ask ourselves the most important questions.

Until when?

How long must we let people and their negativity drown us in the vast sea of misery?

It is now the time.
Embrace your true self.
You do you.

This book shares essential tips on how to carve your own happiness, building a content and fulfilling life while dealing with and ignoring negative judgments from all around you; be it from the people or the environment that you live in. Embracing The True You brings 10 ways on how to work on your own happiness while incorporating the elements of psychology, accompanied with Islamic perspective and teachings.

Serasi ~ Saifuddin Hamizan, Nur Afiqah Kamisruddin

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Tegak rumah kerana sendi dan tiangnya, tegak rumah tangga kerana santun dan tanggungjawab ahlinya. Seperti kata Dr. Jordan Peterson, perkahwinan bukan soal ‘kebahagiaan hakiki’ namun ianya soal saling berkongsi makna hidup melalui kelebihan dan kekurangan kedua pasangan sehingga usia berakhir.

Menghidupkan cinta dalam rumah tangga, dan menghidupkan rumah tangga dengan cinta menjadi destinasi dan harapan yang memerlukan tambahan pengalaman dan kemahiran. Apa juga pengakhiran cinta yang diperjuangkan, cinta tetap diusahakan kelak mendorong tumbuhnya manusia yang berbudi dan lebih menghargai.

Seperti kata Bang Muluk ketika memberi semangat kepada Zainuddin di dalam Novel Tenggelamnya Kapal Ven Dar Wijck, “Orang-orang besar yang kalah dalam percintaan akan menggunakan kekalahan itu sebagai pendorongnya untuk maju dalam politik, menulis syair, mengarang puisi, dan dalam segenap bidang lainnya.”

Menjawab Persoalan Fiqh, Wanita dan Keluarga ~ HAMKA

(SEM & SS) RM37.00 > RM35.00

BAHAGIAN 1: PERMASALAHAN FIQH
SOAL JAWAB UMUM
Syarat Orang Masuk Islam dan Ajaran Islam
Budak dan Hamba Sahaya
Orang Musyrik Masuk Masjid
Daging Babi dan Daging Anjing
Judi
Mengapa Solat Mesti Berbahasa
Soalan yang Sukar
Solat di Bulan, Mahu Menghadap ke Mana?
Bolehkah Berpandu Pada Hadis Dhaif?
Sumpah Paksaan

SOAL JAWAB PENGURUSAN JENAZAH
Memasukkan Mayat ke Dalam Peti Diisi Tanah
Penggalian dan Pemindahan Jenazah
Membunuh Manusia dan Merosakkan Mayat

SOAL JAWAB HAJI
Kewajipan Haji
Amanah Haji
Haji Akbar
Definisi Muslim dan Gelaran Haji
Musafir Perempuan Naik Haji
Adakah Mesti Sama dengan Hari Raya di Mekah

BAHAGIAN 2: WANITA DAN KEKELUARGAAN
Memakai Gaun dan Berjabat Tangan antara Lelaki dan Perempuan
Aurat Perempuan
Perempuan Bermain Bola Sepak
Raja Perempuan
Bidadara
Bidadara, Bidadari, dan Syurga
Cuaca dalam Syurga
Siti Hawa Diciptakan Allah s.w.t. daripada Tulang Rusuk Nabi Adam a.s.
Tentang mahar
Sudah tujuh tahun kahwin

Teach Like Muhammad ~ Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Teori-teori psikologi dan aplikasi teknik nabi dalam pendidikan di dalam bilik darjah.

Tugas hakiki pertama guru-guru adalah mendorong pelajar supaya mereka sendiri mahu menjadi individu yang bagus sikap dan akhlaknya. Selepas pelajar terdorong suka belajar, barulah guru dapat memulakan tugas mengajar pelajar sehingga mereka mampu lulus peperiksaan dengan cemerlang.

Guru hanya dapat mengajar apabila pelajar sendiri mahu belajar. Justeru, sebelum mengajar, guru perlu menjadi pendorong dahulu. Guru perlu buat supaya pelajar suka belajar. Selepas pelajar suka hendak belajar barulah guru dapat mengajar dengan rasa seronok dan dengan cara yang mudah mudah. Guru seronok mengajar, dan pelajar pun suka belajar.

Antara teori psikologi dan teknik nabi dalam pendidikan yang dihuraikan dalam buku ini adalah:
1. Guru Menjadi Motivator Kepada Pelajar Supaya Mereka Suka dan Kemaruk Mahu belajar
2. Mendorong dengan Tidak Membebel
3. Memberikan Gelaran Baik dan Menaikkan Estim Diri

Menjawab Persoalan Akidah Dalam Masyarakat ~ HAMKA

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Fungsi akal dalam akidah adalah begitu besar. Dalam al-Quran, berkali-kali Allah s.w.t. memerintahkan manusia supaya menggunakan akal termasuk dalam aspek akidah.

“Pergunakanlah akalmu, pergunakan akalmu.”

Antara perkara yang membezakan manusia dengan haiwan adalah Allah s.w.t. mengurniakan akal kepada manusia. Melalui akal, seseorang itu mampu mengenal Allah s.w.t.. Dengan akal juga, manusia mampu melakukan pertimbangan antara baik dengan buruk. Tapa akal, manusia akan sama seperti haiwan.

Akal membentuk budi, akal membentuk kebudayaan, dan akal yang tidak berpandukan dengan agama iaitu wahyu Allah s.w.t., akan menjerumuskan manusia itu kepada kehancurannya sendiri. Kerosakan Akidah!

Bawa Anak ke Syurga Dengan Al-Quran ~ Nazifatunnisa Salim

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya.

Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.

Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.
 

Tasawuf Moden ~ HAMKA

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

Berbanggalah dengan kekuaran yang Allah berikan (tapi bukan takbur)


JADILAH DIRI SENDIRI. PROUD OF YOURSELF.
Semua orang ada kelebihan, kekuatan dan kebijaksanaan berbeza. 💞💞

Buku: Al-Dilla. 2019. Berani Berhijrah, 99 Alasan. Al-hidayah Publication. Selangor.

Elakkan bertangguh dalam kerja


Adakah kita jenis orang yang bertangguh? Perlahan-lahan perbaikinya. Kita usaha untuk menjadi seorang yang bertangguh.

Buku: Geng Masjid. 2017. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...