Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, July 31, 2018

#sounddirect: Tuhan Bayar Cash ~ Ustaz Abdullah Khairi

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Tuhan Bayar Cash! mengumpulkan 48 topik berkenaan akhlak yang dikupas dalam bentuk santai. Diselitkan dengan 'sound sedas' daripada Ustaz Abdullah Khairi dalam setiap topik memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

Antara Kandungan:
1 Menghormati Tanah Haram
2 Menghindari Sifat Takut
3 Tawaduk Seorang Guru
4 Mendoakan Kebaikan Anak
5 Mengawal Bisikan Hati
6 Mensyukuri Nikmat Kurniaan Allah
7 Memaafi Insan
8 Menuruti Kehendak Allah
9 Membaguskan Pembacaan Al-Quran
10 Mentakzimkan Guru
11 Memuliakan Ahlul Bait
12 Tatacara Ketika Berbuka
13 Mengelokkan pelaksanaan ibadat
14 Mengawal Pandangan Mata
15 Mendoakan Mukmin Lain

200 Tip Sihat Akal, Tubuh dan Iman Gaya Rasulullah s.a.w ~ Siti Khadijah Muhamad Radzi

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.30

Dalam kita berusaha menegakkan sunnah, perkara utama adalah kita mengenal dahulu Rasulullah s.a.w., dan satu daripada perkara untuk mengenal baginda adalah kita menyusuri perbuatan dan amal dalam kehidupan sehariannya.

Penulisan pada kali ini adalah satu usaha untuk menyebarkan kembali gaya hidup junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita dapat bersama-sama beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.

Monday, July 23, 2018

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga ~ Dr. K. Azlan

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Buku ini membentangkan pandangan dan pengalaman peribadi yang unik dari seorang doktor di mana tiga ahli keluarganya disahkan menghidap kanser dalam masa 10 bulan, dengan harapan dapat membantu pejuang kanser bersama penjaga mereka yang sedang bergelut melawan pelbagai kesukaran dan isu-isu yang mungkin dihadapi.

Melalui penyelidikan dan pengelaman peribadi, Dr Azlan menceritakan penderitaan beliau dan orang-orang kesayangan serta apa yang mereka pelajari bagaimana menangani penyakit yang menggerunkan ini dan akhirnya berjaya.

Setiap 3 jenis kanser yang dihadapi ahli keluarganya mempunyai simpton, pilihan rawatan, malah perkembangan dan prognosis yang berbeza. Beliau membincangkan setiap isu dan cabaran yang dihadapinya untuk setiap jenis kanser, dan dapat membantu kedua-dua pesakit dan penjaga mencari jalan bagaimana untuk berhadapan dengan penyakit ini.

Cinta Di Hati Rasulullah s.a.w: Jadikan Aku Seperti Mereka ~ Miftahul Asrar Malik, Dian Ummu Zahrana

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Khadijah, nama yang indah dan mulia. Beliau adalah pembesar kaum wanita Quraisy, seorang wanita yang lembut, berjiwa dermawan, pandai, cerdik dan cerdas. Beliau diajar erti kesabaran oleh latar belakang yang kering dan padang pasir.

Aisyah, simbol kesempurnaan kaum wanita. Beliau adalah puteri khalifah pertama Abu Bakar Al-Siddiq. Bukan hanya cantik luar, beliau juga cantik dalam kerana berakhlah karimah.

Fatimah, puteri tercinta Rasulullah s.a.w. Beliau adalah wanita istimewa dan tiada duanya di muka bumi ini kerana beliau adalah bidadari yang berbentuk manusia. Beliau menjadi orang yang paling mirip dengan Rasulullah, tumbuh dewasa dalam naungan wahyu yang diterima ayahandanya, menjadi penyejuk mata dan penghibur hati Rasulullah s.a.w.

Di Sebalik Sebuah Organisasi Mossad: Agen Rahsia Yahudi ~ Shariman Wahap

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selama ini, kita sering dihidangkan dengan cereka-cereka fiksyen mengenai kisah-kisah penyiasatan, pengintipan dan organisasi rahsia negara-negara tertentu. Biasanya juga, kisah-kisah ini sering dikaitkan dengan penglibatan peringkat tertinggi dalam kerajaan. Nama-nama seperti FBI, CIA dan KGB juga bagai sudah tidak asing lagi dengan kisah-kisah ini sehinggakan kita hampir “terbiasa” dengan rancangan-rancangan jahat dan plot-plot “rahsia” mereka.

Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam perlbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang “tidak mengambil tahu” atau “tidak mahu mengambil tahu”, malah anda antara mereka yang “tidak perlu tahu”. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh asalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka.

Mossad bukan satu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka dalam menghancurkan Islam!.

Lembaran Hidup Ulama ~ Muhammad Abdulloh Suradi

(SEM & SS) RM28.90 > RM25.40

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar & dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak."
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)

"Aku melihat dengan menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh."
(Ibnu Jauzi)

Himpunan Kisah Ibu Bapa Tauladan ~ Marina Mat Arus

(SEM & SS) RM23.90 > RM21.00

Anak adalah anugerah terindah dan amanah dari yang Maha Esa buat pasangan yang sudah berumahtangga. Setiap daripada mereka juga lahir ke dunia dalam keadaan fitrah, iaitu suci dan bersih daripada segala dosa.

Maka, kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil. Mahu mendidik mereka menjadi seperti apa? Itu terserah kepada kita selaku ibu bapa mahupun penjaga.

Justeru, 32 cerita dalam buku ini berkisar mengenai teladan ibu bapa ulama hadir bagi membantu ibu bapa 'menjejaki' uslub atau manhaj didikan yang dilakukan oleh para solehin dalam 'melentur' keperibadian anak-anak mereka sehingga menjadi ningrat atau golongan mulia dalam kalangan masyarakat.

Kronologi Misteri Menjelang Kemunculan Imam Mahadi dan Kedatangan Nabi Isa ~ Mohammad Suhair Asyaraf

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenali sebagai 'Muhammad kedua'. Umat Islam pula mengenalinya sebagai 'Imam Mahdi'. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan syariat di seluruh dunia.

Rasulullah s.a.w. turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya. Malah dikatakan juga, pada masa itu, semua peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan menghapuskan Dajjal dan semua fitnahnya. Dunia masih belum aman. Ini kerana selepas itu, manusia diancam pula oleh yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah.

Thursday, July 19, 2018

Nota Kewangan Sentap ~ Harith Faisal

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Anak muda yang belum berkahwin, yang tidak ada tanggungan, biasanya tak kisah sangat hendak urus duit. Asalkan setiap bulan cukup makan, minum, enjoy, ada tempat tinggal, sudah rasa bagus sangat dah.

Bagi yang sudah berkahwin, mereka lain macam sikit. Mereka sudah ada tanggungan, sudah matang dari segi emosi. Tanggungjawab terhadap anak dan isteri adalah motivasi terbaik untuk uruskan kewangan dengan baik.

Sebenarnya, sama ada kau sudah berkahwin atau belum, kau tetap boleh jadi orang yang bijak urus duit. Cari motivasi, tetapkan matlamat.

Buku ini saya hasilkan sebagai buah tangan saya kepada anak muda. Digarap khas secara santai, sentap dan sempoi untuk anak muda yang sedang mencari jalan cari rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik.

Semoga anda dapat kongsikan kebaikan buku ini kepada keluarga dan ahli keluarga anda. Sama-samalah kita melaksanakan bahagian masing-masing supaya manfaatnya akan melahirkan satu komuniti bijak kewangan.

Berani Menjadi Benar ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya. Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. 

Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik. Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah. Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...