Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Monday, January 24, 2022
Friendship Quote
Persahabatan akan kekal lama jika ada tolak ansur, persefahaman, tidak tikam belakang & sabar.
Buku: Anie-Alja. 2019. Filosofi Bawang. Komrad Buku. Selangor.
68 Doa Paling Indah dari Al-Quran ~ Sayyid Qutb
Himpunan doa daripada Al-Qur’an hasil karya Sayyid Qutb ini merupakan sedikit panduan untuk kita tentang ayat-ayat Al-Qur’an yang boleh kita amalkan menjadi doa. Dalam masa yang sama lidah kita akan sentiasa dilunak dan dilembutkan oleh ayat-ayat suci Al-Qur’an tanpa mengira waktu dan masa. Berdoalah dan memohonlah hanya kepada Allah S.W.T.
Koleksi 6 Surah ~ Ustaz Daniel Zakaria
-Surah Yasin
-Surah Al-Kahfi
-Surah Al-Waqiah
-Surah Ar-ra’d
-Surah An-Na’ziat
-Surah Al-Mulk
*Doa Selepas Membaca Surah Yasin
*Kaifiat Tahlil Arwah
*Doa Arwah/Tahlil
*Doa Penutup
*Tahlil Ringkas
*Talqin Jenazah
*Pengurusan Jenazah
Himpunan 110 Solat-Solat Sunat, Qiyamullail, Doa-doa, Fadilat dan Istighfar ~ Ustaz Ahmad bin Hj. Ibrahim
Barang siapa yang memusuhi wali (kekasih-Ku) maka Aku isytiharkan peperangan ke atasnya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan-amalan fardhu yang telah Aku wajibkan ke atasnya melainkan ianya adalah lebih Aku sukai dari yang selainnya, dan berterusanlah hamba-Ku mengerjakan amalan-amalan nawaafil (sunat) sehinggalah Aku menyintainya, maka apabila Aku menyintainya Aku akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mengenggam dan kakinya yang dengannya ia berjalan dan sekiranya meminta dari-Ku Aku akan menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dari-Ku, Aku akan melindunginya.”
Baitulmaqdis / Jerusalem Dalam Cengkaman Israel: Sejarah dan Arkelologi Haram Al Sharif ~ Dr. Nor Aishah Hanifa
Buku ini mengupas polisi-polisi Israel dalam strategi bukan militeri ke arah menguasai Jerusalem / Baitul Maqdis, Timur Jerusalem dan wilayah Tebing Barat. Menerusi strategi ini Israel menggunakan arkiologi sebagai instrumen dalam mengubahkan sejarah bumi Palestin.
Ini merupakan strategi negara yang boleh difahamkan daripada pendekatan Realism sebagai teori hubungan antarabangsa. Buku ini dibahagikan kepada lima bab utama untuk mengupas butiran-butiran penting di dalam Konflik Israel-Palestin.
Membongkar Misteri Yakjuj Makjuj: Makhluk Perosak Alam ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Sehingga kini, suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj masih menimbulkan kontroversi. Ada yang menyebut bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Tartardan Mongol, pasukan Gengiz Khan (Hulagu), sejenis makhluk aneh, haiwan dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berbadan bulat, bermata sepet dan berkulit kuning. Makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari kiamat nanti.
Fikir dalam kotak
Grab the opportunity yang ada di sekeliling kita.
Kita takkan tahu yang mana satu akan berikan hasil paling lumayan mahupun memberangsangkan.Do your best. Try.
Rancanglah Kematian Kita Sebagaimana Kita Merancang Kehidupan Kita
Hopefully anda dapat rancang kehidupan hari ini dengan lebih baik di dunia & juga untuk akhirat. Hidup ini sangat singkat gais. Tahu-tahu aje kita akan masuk ke tahun baru.
Rancanglah pahala berpanjangan yang mahu kita bawa ke alam sana bila kita sudah sampai akhir nyawa di bumi ini. Rancanglah pahala seperti Uthman bin Affan dengan telaganya, Umar bin Abdul Aziz dengan memberi makan haiwan ketika musim sejuk & seperti para guru yang mengajar kita mengenal huruf sehingga mampu membaca.
Dan jika tidak mampu menjadi orang hebat seperti mereka, jadilah seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling & siapa sahaja makhluk ciptaan Allah. Be a nice people to everyone & to ourselves.
Mutiara Ilmu Akidah: 100 Soal Jawab Asas Akidah ~ Dr. Ahmad Arif Zulkefli, Dr. Ayman Al-Akiti
Naskhah kecil ini membawakan perbincangan perkara-perkara penting dalam akidah Islam secara ringkas dan padat mengikut neraca al-Ash‘ariyyah. Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya dengan jelas. Ia dibahagikan kepada enam bab utama mengikut Rukun Iman iaitu: Beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Karya ini yang asalnya berbahasa Arab dengan judul Jawahir al-Kalamiyyah ditulis oleh seorang tokoh ilmuan Algeria yang mahir dalam pelbagai bidang.
ANTARA KANDUNGAN
Perbahasan yang Pertama: Beriman kepada Allah SWT
Sifat Wajib Bagi Allah
Sifat Mustahil Bagi Allah
Sifat Harus Bagi Allah
Ayat-Ayat Mutasyābihāt
Perbahasan yang Kedua: Beriman kepada Malaikat
Perbahasan yang Ketiga: Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT
Perbahasan yang Keempat: Beriman kepada Rasul
Definisi Nabi dan Rasul
Muʿjizāt: Definisi, Hukum dan Dalil
Muʿjizāt dan Sihir
Muʿjizāt dan Karāmah
Sifat Wajib Bagi Nabi
Sifat Mustahil Bagi Nabi
Sifat Harus Bagi Nabi
Keistimewaan Nabi Muḥammad SAW
Muʿjizāt Nabi Muḥammad SAW
Perjalanan hidup Nabi Muḥammad SAW
Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid
Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini.
Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian 1: Memahami Alam Jin
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran
Bahagian 4: Jurnal Pesakit
Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir?
Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine".
Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.