Buku ini memaparkan tentang keutamaan atau kelebihan tiga bulan rahmat dan barakah, iaitu bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadan. Di bulan ini Allah SWT menganugerahkan kepada para hambaNya dengan utusan dan ribuan ganda pahala yang diamalkan, yang mana tidak dapat pada bulan-bulan yang lain, bahkan dinamakan bulan Rejab sebagai bulan Allah, bulan Syaaban bulan Muhammad dan bulan Ramadan bulan umat Muhammad sebagaimana yang disertakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadan bulan umatku."
Menerusi buku ini "Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadan" kita dapat mengetahui apakah amalan dan pengisian yang perlu dilaksanakan bagi merebut dan menempah syurga Allah.
No comments:
Post a Comment