Hari Akhirat merupakan hari yang digambarkan sebagai kebangkitan semula setelah musnahnya seluruh alam. Akhirat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu الآخرة yang bermaksud pengakhiran atau penamat. Ia merupakan satu kepercayaan dalam semua agama samawi, seperti Islam, Yahudi dan Kristian.
Perjalanan yang panjang di dunia sentiasa memerlukan persediaan seperti wang, pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya, apatah lagi perjalanan manusia menuju hari akhirat. Ramai dalam kalangan Muslim pada hari ini terlalu leka dengan kesibukan duniawi sehingga terlupa untuk mengambil cakna tentang kepentingan membawa bekalan menuju alam akhirat.
Buku ini akan membicarakan perihal kekayaan akhirat yang perlu diambil berat oleh setiap orang sebagai persedian untuk menuju alam akhirat serta menjelaskan beberapa syarat yang perlu diikuti untuk mendapat rahsia bagaimana untuk menjadi jutawan akhirat.
No comments:
Post a Comment