Travelog seorang guru dari Sudan yang tidak kenal erti penat untuk memastikan anak didik dan anak angkatnya yang berasal dari Malaysia, berjaya dalam pembelajaran dan pelajaran.
Menjadi orang asing di sebuah negara serba kekurangan, Amirul, remaja yang baru masuk usia belasan tahun tabah menghadapi cabaran. Ditinggalkan oleh keluarga di benua Afrika demi menimba ilmu. Namun, kehadiran Ablah Ibtisam sebagai penjaga yang juga merupakan ibu angkat dan guru bersama keluarganya, banyak membantu Amirul hidup di Sudan.
Biar sesukar mana pun cabaran yang datang, Ablah Ibtisam tidak pernah mengalah. Demi anak Amirul yang sudah dianggap seperti anak sendiri, Ablah Ibtisam terus berusaha mengatasi rintangan berjaya. Yang sukar sentiasa ada penyelesaian apabila Allah dijadikan tempat sandaran utama.
Segala penat lelah Ablah Ibtisam berbalas apabila Amirul akhirnya berjaya cemerlang. Kemuncak kegembiraan Ablah Ibtisam adalah apabila kedua-dua ibu bapa Amirul iaitu Prof Muhd Kamil dan Raudzah Roslan membawanya ke Malaysia untuk menghadiri pelancaran buku tulisan mereka.
Pertama kali menjejak kaki ke Malaysia, umpama syurga buat Ablah Ibtisam! Ia umpama rezeki yang tidak disangka-sangka datang bergolek, anugerah daripada Allah kepada insan yang ikhlas memberi khidmat.
Bagi pembaca yang pernah membaca best seller Amirul Budak Sudan tulisan Roza Roslan, maka Seminggu Di Syurga juga wajar dibaca, kerana ia pelengkap kepada kisah Amirul Budak Sudan.
‘The untold story’ yang tidak dikisahkan di dalam buku Amirul Budak Sudan, boleh dibaca dari SEMINGGU DI SYURGA.
TENTANG PENULIS:
Lahir pada 1960. Merupakan warganegara Sudan. Lulusan Universiti Khartoum dalam jurusan Geografi dan Sains Politik. Melanjutkan pengajian peringkat sarjana (MA) di Institut Pengajian Afrika.
Pernah berhijrah dan tinggal di Madinah, Arab Saudi. Di Madinah, penulis menubuhkan sekolah swasta aliran Sudan bagi mendidik anak-anak sendiri dan akhirnya menjadi sekolah bagi anak-anak warga asing yang menghadapi kesukaran untuk memasuki sekolah di Arab Saudi.
Mengenali pasangan penulis prolifik terkenal tanah air Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Roza Roslan semasa di Madinah apabila dua orang anak pasangan penulis ini menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah Al-Khair Wa Al-Barakah Al-Sudaniyyah. Hubungan mereka akrab hingga kini.
No comments:
Post a Comment