Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.
Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam.
Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.
No comments:
Post a Comment