Proses mendapatkan kebenaran bukanlah satu rangkaian peristiwa biasa sahaja. Malah, jika anda benar-benar ambil berat terhadap kejadian yang menimpa anda, pasti anda akan mengetahui bahawa "di sebalik setiap peristiwa itu pasti ada hikmah yang tersirat."
Buku inilah yang anda perlukan, dimuatkan dengan kisah proses-proses pencarian kebenaran yang dilakukan oleh sepuluh mualaf yang paling berpengaruh di benua Eropah dan Amerika. Yang akhirnya membawa mereka menuju kepada jalan Allah S.W.T. Di antaranya nama-nama besar tersebut adalah Mark Hanson yang berusaha memahami makna sebenar di sebalik misteri hidup dan mati, yang membawa beliau kepada Islam dengan namanya Hamza Yusuf. Begitu juga Malcolm X yang terkenal dengan ketegasan dan kegigihannya dalam memperjuangkan hak-hak civil kaum berturunan hamba Afro-Amerika pada dekad 1950 dan 1960-an.
Lebih menarik lagi perjalanan spiritual seorang penyanyi bernama Cat Stevens yang popular dengan lagunya "Father and Son" atau "Wild World" penulis Amerika Micheal Wolfe, ilmuan Perancis, Maurice Bucaille, diplomat dan ahli falsafah British Charles Le Gai Eaton, pemain bola keranjang Kareem Abdul-Jabbar dan pengulas MTV Eropah, Kristiane Backer.
Menyusuri proses kembara dan travelog spiritual mereka dalam buku ini, amat mengharukan dan menyentuh perasaan dan sekaligus menakjubkan. Sebuah bacaan yang mampu menginspirasikan anda untuk terus teguh beriman dan berpegangan kepada Islam.
No comments:
Post a Comment