Al Quran menceritakan bahawa Firaun dan bala tenteranya mati tenggelam dalam laut merah; “Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.” (al Baqarah, ayat 50)
Kemudian Allah pelihara jasad Firaun sebagai bukti kebenaran Al Quran sebagai peringatan dan iktibar kepada manusia;
“Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”
No comments:
Post a Comment