Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, March 21, 2019

Solat Tahajjud: Atasi Masalah Kewanganmu ~ H.M. Amrin Rauf, Rizem Aizid

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Ketenangan dan ketenteraman yang diperoleh oleh seseorang yang mengamalkan Solat Tahajjud memiliki nilai kerohanian yang tinggi. Sebabnya, dalam Solat Tahajjud terdapat dimensi zikrullah (mengingati Allah s.w.t.). Allah Taala menjelaskan di dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 28:
"(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram."

Sentiasa mengingati Allah s.w.t. menjadikan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini adalah rezeki Allah s.w.t. yang hanya dianugerahkan kepada orang yang beriman. Ia juga dapat memupuk usaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperoleh membuktikan Allah s.w.t. telah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya dalam usaha-usaha yang anda lakukan.
Benarkah Solat Tahajjud dapat menjadikan usaha kita menjadi lancar?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...