Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan.
Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan.
Syurga, Ganjaran Terindah menceritakan nikmat-nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran dan juga hadis seperti bidadari, sungai-sungai, istana dan binaan, makanan dan lain-lain lagi. Semua itu diceritakan kepada kita sebagai suatu motivasi untuk kita lebih kuat berusaha menjadi ahli syurga.
Antara Kandungan:
Mengenali Penghuni Syurga di Dunia- Ciri-ciri ahli syurga
Potret Indah Menuju Syurga
- Pemimpin ke syurga
- Penyambut tamu di syurga
- Bergaul dengan penghuni syurga
Sifat-sifat Syurga
- Tidak pernah dilihat, didengar, atau terlintas di fikiran
- Keindahan amalan soleh
- Keindahan kejadian syurga
- Binaan dan bangunan di syurga
Tasbih dan Takbir Kenikmatan Syurga
- Zikir menyucikan jiwa
- Empat keadaan hati
Nikmatnya di Syurga
- Tubuh penghuni syurga
- Tidur penghuni syurga
- Makanan dan minuman penghuni syurga
No comments:
Post a Comment