Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa.
Kebanyakan mangsa jenayah adalah golongan wanita dan penjenayah sering menyasarkan golongan ini untuk kerja jahat mereka. Mungkin ada segelintir dari wanita yang tidak menitik beratkan langkah berjaga-jaga seperti menguasai ilmu mempertahankan diri. Memahami sedikit asas bagaimana bertindak mempertahankan diri dapat menyelamatkan maruah mereka sendiri.
Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Maka sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi 'sekuat' lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.
" Jadi sekurang-kurangnya jika kita belajar sedikit mengenai seni mempertahankan diri, kita telah
mempersiapkan diri kita dengan lebih baik tatkala kita melangkah keluar dari rumah."
Saya percaya bahawa setiap kejadian dalam hidup terjadi dalam kesempatan untuk cinta, bukanlah
ketakutan. - Oprah Winfrey
No comments:
Post a Comment