Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, February 11, 2020

Bagaimana mahu memotivasikan kanak-kanak membaca @ How to motivate child to read


Kanak-kanak dan buku sepatutnya punyai hubungan bagaikan irama dan lagu. Namun, sekarang ini kanak-kanak lebih tertumpu pada gajet & data internet. Bagi mereka, buku bukan sesuatu yang menarik & best untuk dihadap. Ianya tidak interaktif & kelihatan hambar pada pandangan mereka.

Berdasarkan pada statistik yang diberikan oleh NOP World Culture Score Index, Malaysia tidak tersenarai dalam negara-negara yang suka membaca. Kita kalah pada negara-negara Asia lain seperti India, China, Thailand, Filipina, Hongkong, Taiwan dan Jepun. Kadar membaca kita dikategorikan sebagai kurang daripada 3 jam seminggu. Namun, sebaik Kuala Lumpur mula diangkat sebagai Kota Buku Dunia tahun 2020 ini oleh UNESCO, diharap, tabiat dan gaya membaca rakyat Malaysia dapat diubah menjadi lebih baik.

Buku-buku di Malaysia khasnya buku kanak-kanak diharap dapat direka, dicetak dan diwarnai dengan pelbagai kreativiti bagi menarik minat membaca semula. Di sini, kami senaraikan beberapa langkah menarik yang boleh digunapakai oleh semua untuk memotivasikan kanak-kanak agar suka membaca. Jadikan ia satu tabiat yang baik & mengujakan.

Read-aloud time with children - Pernah tonton filem US atau UK? Pernah perasan scene kanak-kanak yang hendak tidur dibacakan buku oleh ibu bapa mereka? Atau perasan tak filem kanak-kanak yang guru atau ibu bapa mereka bacakan buku best untuk mereka? Ya, ia salah satu tabiat yang bagus diterapkan oleh orang dewasa pada kanak-kanak. Mereka membaca buku tersebut dengan suara yang kuat & menarik. Kanak-kanak pula akan berasa seperti diberi perhatian.

Read a book that movies coming out - Carikan buku-buku yang bakal diadaptasi menjadi filem. Ia lebih menarik bila apa yang dibaca terlayar di depan mata. Antara contoh yang anda kenali seperti file The Hobbit, Dr. Seuss: The Lorax, Alice in Wonderland, Harry Potter dan Diary of a Wimpy Kid.




Make time for reading - Adakan masa untuk membaca bagi anak-anak dalam 1-2 jam seminggu. Beri mereka membaca bahan bacaan yang mereka suka selain daripada buku sekolah.


Turn off tv & phone while reading - Tutup tv, radia dan lebih-lebih lagi telefon ketika mahu anak-anak membaca. Tutup sekejap aje. Dalam 1-2 jam. InsyaAllah iakan membantu anda sedikit demi sedikit.

Create cozy reading nook - Selalunya tempat yang menarik, bersih, ceria akan menarik minat bukan sahaja kita tetapi juga kanak-kanak. Untuk menggalakkan kanak-kanak membaca, 'satu sudut' yang ceria, bersih, selesa & menarik diperlukan. Jika anda Google, anda akan dapati pelbagai jenis reading nook atau sudut bacaan direka dengan pelbagai rekabentuk untuk menggalakkan aktiviti membaca di rumah mahupun di sekolah.

Contoh sudut bacaan yang menarik untuk kanak-kanak. 

Look for variety reading material - Penyampaian, cover buku, rekabentuk buku serta gift yang disertakan mampu menarik minat kanak-kanak & ibubapa untuk membeli buku. Anda boleh lihat contoh-contoh buku menarik dari Australia, UK & USA, design luarnya & warna yang menyerlah menaikkan mood untuk membaca. Reading material yang bersekali dengan game juga sangat disarankan untuk kanak-kanak agar tidak mudah bosan.

Create fun activities relates to the book - Cipta satu permainan yang menarik berkaitan buku yang dibaca. Contohnya buku membuat kraf kertas. Anda boleh galakkan penyertaan kanak-kanak membuat kraf kertas seperti di dalam buku. Jika baca buku berkaitan melukis, boleh aje carikan pensel & kertas untuk mereka melukis apa yang diceritakan dalam buku.

Contoh buku kanak-kanak yang ceria & ada aktiviti yang boleh dilakukan semasa membaca

Pick books that your children interest - Belikan mereka buku yang menarik minat mereka. Jika mereka suka kraf, belikan buku kraf. Jika mereka suka buku sains, belikan buku berkaitan sains. Jika suka sejarah & seni, belikan buku yang berkaitan yang sesuai dengan usia mereka.

Make up fun voice when read together - Jika anda pernah tonton cerita Sesame Street, anda akan perasan bagaimana mereka yang dewasa menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Mereka akan menggunakan suara yang pelbagai untuk menaikkan mood pendengar yang mendengar mereka bercerita. Anda sebagai ibu bapa & guru. boleh juga cuba cara ini.

Select funny or humor book - Pilihlah buku yang kelakar & tidak terlalu berat pembacaannya. Contohnya seperti buku Oh My Jep!, Lawak Budak Sekolah dan lain-lain.


Bring them along to bookfair, library, bookstore - Untuk lebih menanamkan semangat membaca & sukakan buku, bawa anak anda atau pelajar ke pesta buku sama ada peringkat negeri mahupun negara. Bawa juga mereka sebulan sekali ke kedai buku atau perpustakaan untuk membeli atau meminjam bahan bacaan yang terkini.

Display fun cover book to entice children - Orang selalu kata, 'Don't judge a book by its cover'. Tetapi, untuk menarik minat kanak-kanak atau remaja, anda perlukan cover buku yang menarik untuk tarik minat mereka untuk membaca. Jadikan muka hadapan buku bagi golongan tertentu perlu 'boom', untuk tarik minat cinta pandang pertama.

Cover buku yang sangat ceria & isi yang menarik untuk bacaan kanak-kanak bawah 5 tahun

Read with them everyday - Membaca perlukan sedikit pengorbanan. Harapnya anda dapat luangkan sedikit masa untuk membaca bersama mereka. Dapat berikan masa 10-15 minit pun dah ok.

Reading log for completed books as a motivator - Buatkan satu log atau senarai kosong untuk anak anda atau pelajar anda isi buku apa yang telah mereka baca. Dari situ kita akan lihat buku apa yang menarik minat mereka & tentunya ia menjadi penanda aras untuk anda membeli buku seterusnya.

Contoh reading log yang anda boleh buatkan untuk anak mahupun pelajar.

Read book in front of children & they will follow - Ini sebenarnya sangat mudah. Anda cuma perlu tunjukkan contoh yang anda membaca di depan kanak-kanak. Secara tidak langsung, mereka akan meniru cara kita yang suka membaca. Bak kata pepatah, 'contoh melalui teladan'.

Buy them comic books - Tak semua kanak-kanak suka membaca buku yang bertulis. Ada yang jenis suka melihat gambar & sedikit tulisan. Jadinya, buku yang sesuai untuk ajak mereka membaca adaalah dengan komik. Pastikan komik yang ada belikan untuk mereka bermanfaat & tidak terlalu pornografi grafiknya :)

Give reward if they finished reading - Semua orang sukakan ganjaran atau hadiah. So, cuba anda fikirkan sesuatu yang menarik untuk dihadiahkan sebaik anak atau pelajar anda selesai membaca buku. Lama-kelamaan ia akan membuatkan mereka akan terus membaca kerana tabiat.

Nice home library - Jadikan satu sudut di rumah anda tempat untuk meletakkan bahan bacaan. Dari dewasa hingga kanak-kanak. Kiranya perpustakaan kecil ini bakal menjadi ruang untuk anak-anak mencapai bahan bacaan untuk rujukan mahupun menambah ilmu.

Reading material based on children abilities - Bahan bacaan perlulah mengikut keupayaan kanak-kanak dalam membaca. Jika anak-anak berumur 3 tahun ke bawah, bolehlah belikan mereka soft buku dahulu. Apabila meningkat umur 4-6 tahun, boleh belikan mereka buku jenis kulit keras (hard cover) yang menarik agar tidak mudah cepat koyak.

Just read one or two pages a day - Tidak perlu tekan sangat bab membaca ni. Dapat satu ke dua mukasurat pun dah bagus untuk tambahkan ilmu & patah perkataan mereka pada hari itu.

Happy reading everyone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...