Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, February 28, 2020

Senaman Untuk Minda Supaya Sihat / Exercise For Your Brain


Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.


Badan kita perlukan senaman untuk sihat & berfungsi dengan baik. Otak kita juga perlukan senaman untuk kekal berfikir dengan waras & kritis. Untuk sihat fizikal & mental, beberapa senaman perlu dilakukan. Dan, berdasarkan kajian & pemerhatian, kami senaraikan 15 SENAMAN UNTUK OTAK & MINDA KITA AGAR KEKAL SIHAT.

Belajar Bahasa Baharu - Jika anda dapat belajar & memahami bahasa bangsa lain, ia salah satu kelebihan yang sangat bagus. Tak semua kita mahir dalam bertutur bahasa asing. Satu hari satu ungkapan pun dah kira bagus.

Fokus Bila Berbual Dengan Seseorang - Bila kita hendak berbual, pastikan kita fokus pada individu tersebut. Ia menunjukkan bahawa kita berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampaikan. Ia membantu kita untuk belajar fokus pada kerja-kerja lain juga.

Membaca Buku/Komik/Majalah/Kitab - Rajinkan diri untuk membaca. Ia adalah senaman & terapi untuk minda & otak untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Otak akan cuba mengingati, fokus & menyimpan maklumat yang dibaca.


Makan Makanan Berkhasiat - Apa yang masuk ke dalam mulut kita, itu akan menentukan tahap kesihatan badan & juga mental kita. Makanlah makanan berkhasiat. Ia membantu pembesaran tubuh badan & menjaga kesihatan diri.


Dapatkan Tidur Yang Cukup - Menurut National Sleep Faoundation & beberapa kajian lain, tidur yang cukup mampu merangsang memori & proses pembelajaran, mengawal metabolisma badan, mengekalkan 'mood' yang baik, dapat menjaga keselamatan diri & orang keliling, jantung yang sihat & meningkatkan sistem imunisasi.

Mendengar atau Memainkan Peralatan Muzik - Menurut kajian oleh University of Kansas, memainkan alatan muzik mampu mempertajamkan fikiran, meningkatkan koordinasi tangan & mata, menenangkan hati, meningkatkan konsentrasi & membantu pesakit Alzheimer.


Bermain Dengan Jigsaw Puzzle - Permainan ini membuatkan anda untuk lebih fokus, menghafal & membayangkan akan tempat letak setiap puzzle yang diberi. Semakin banyak puzzle, semakin membuatkan otak anda berfikir untuk meletakkan susunan tersebut dengan tepat.

Tambah Tatabahasa Baharu Bila Berbual & Membaca - Penambahan tatabahasa ini dapat meningkatkan daya ingatan individu untuk menghafal & mengingat perkata-perkataan tertentu untuk digunakan dalam situasi tertentu. Lebih-lebih lagi sekarang ini, jika berbual dengan anak-anak mudah, tatabahasa mereka lebih 'short-form' & mempunyai maksud tersirat.

Belajar Kemahiran Atau Ilmu Baharu - Belajar sesuatu yang kita ingin pelajari. Dari situ, tahap fokus kita adalah tinggi kerana ia adalah perkara baru yang perlu dilakukan. Untuk lebih menarik, buatkan hobi anda lebih menarik dengan tambahan ilmu-ilmu lain di internet atau Pinterest.


Kongsikan Ilmu Yang Ada Dengan Orang Lain - Bila kita ingin kongsikan ilmu atau pengalaman yang kita ada dengan orang lain, secara tidak langsung ia membuatkan otak kita memproses langkah demi langkah untuk menyampaikan ilmu tersebut pada mereka. Bukan itu sahaja, ia membantu kita membayangkan cara terbaik untuk penyampaian. Dan dari sudut agama pula, Muslim mendapat pahala apabila berkongsi ilmu.

Solat / Sembahyang - Otak bukan sahaja cuba difokuskan tetapi juga memerlukan ketenangan hati & keyakinan diri dalam mengingati turutan solat yang dilakukan. Menurut kajian yang dijalan oleh Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. Hasil kajian turut menunjukkan ibadah solat dapat mengurangkan lemak dalam badan, melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. Ibadah solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia & mampu mengekalkan tahap kestabilan mental & emosi seseorang. Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Beriadah & Bersenam - Menurut pengkongsian Dr. Hamid Arshat dalam The Asianparent Malaysia, senaman & aktiviti fizikal mampu menambahkan sel-sel neuron, menguatkan sambungan & mencegah kerosakan neuron, membantu mengeluarkan Brain Drive Neurotrophic Factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran, meluaskan pusat ingatan & melancarkan aliran darah ke otak.

Cuba Suasana Baharu Yang Luar Dari Kebiasaan - Jika selalunya anda pergi ke pejabat dengan menggunakan laluan yang sama, cuba satu hari nanti, anda ikut laluan lain. Semua pancaindera anda akan berfungsi sepenuh untuk mengingati laluan baharu tersebut. Jika sebelum ini ada biasa naik basikal, cuba satu hari nanti anda cuba tunggang burung unta. Minda anda akan memproses dengan segera cara untuk mengimbangi atau mengawal diri serta binatang tersebut


Cuba Hobi Baharu - Jika anda sebelum ini suka membaca, apa kata cuba pula menulis jurnal atau catatan pendek. Jika anda suka muzik, apa kata anda cuba pula memasak. Mungkin dari situ akan ada ilham tertentu dapat diterbitkan.

Main Permainan Menggunakan Kad - Menurut Dr. Hamid Arshat, main permainan yang merangsang otak untuk membaca, kefahaman & hafalan dapat meningkatkan fungsi otak lebih baik. Elakkan tekana fizikal, emosi & mental secara berleluasa. So, jangan stress sangat bila kalah bermain. Enjoy your game :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...