Buku ini merupakan kompilasi risalah atau tips nasihat berkenaan dengan isu perkahwinan untuk pengantin baru yang sesuai untuk dihadam dalam bentuk bacaan santai.
Antara nasihat yang terkandung di dalam buku ini ialah
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah, tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.
Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu deselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Buangkanla sifat “awak salah” dan “saya betul”. Sebaiknya binalah sifat dan ungkapan bahasa “maafkan saya”. InsyaAllah, api kemarahan dapat diredakan.
Ingatlah si suami bahawa akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan dengan kalimah Allah SWT. Justeru terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib dilaksanakan dengan jayanya. Isteri pula amat perlu mentaati suami dengan penuh keikhlasan dengan cara itu, sudah tentu rumah tangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah, mawaddah serta rahmah.

Buku ini bertujuan memberi motivasi dan inspirasi kepada bakal pengantin supaya dapat menjadikan rumah tangganya ‘Baiti Jannati’. Ameen.
Di dalam buku ini, penulis berulang kali menyatakan ayat ini:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَٰتِنَاقُرَّ ةَأَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَالِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan : 74) Sesungguhnya ayat ini sesuai dijadikan doa untuk kita amalkan setiap hari. Semoga Allah memaqbulkannya. Ameen.
No comments:
Post a Comment