Semua kita mahukan penghargaan atau insentif atau hadiah sebagai satu pemangkin setelah mencapai satu tahap tertentu. Dalam menarik minat kanak-kanak untuk membaca, suatu penghargaan atau insentif perlu diberikan agar mereka berminat untuk terus membaca. Lama-kelamaan, ia akan menjadi satu tabiat tanpa memerlukan sebarang penghargaan lagi. Bagi mereka, membaca adalah satu keperluan untuk terus hidup.
Melihat kepada beberapa artikel & kajian yang dilakukan, kami menyenaraikan 14 senarai insentif/hadiah/penghargaan yang boleh anda berikan kepada kanak-kanak untuk terus membaca.
HADIAHKAN PENANDA BUKU YANG CANTIK ATAU UNIK - Penanda buku adalah salah satu keperluan aksesori bagi pencinta buku. Penanda buku yang unik akan membuatkan pembaca menghargai & sering menggunakannya.
HADIAHKAN MEREKA GENRE BUKU YANG MEREKA SUKA - Untuk menyemai perasaan suka buku dan membaca, ibu bapa atau guru disarankan menghadiahkan pelajar genre buku yang disukai. Contohnya, jika anak anda suka buku penyiasatan, hadiahkan mereka buku Sherlock Holmes limited edition. Sudah tentu mereka akan rasa teruja dan terus membaca.
ADAKAN PERPUSTAKAAN KECIL DI KELAS AGAR PELAJAR BOLEH BERTUKAR BUKU - guru atau ibu bapa boleh terlibat sama dalam projek ini. Mungkin guru atau ibu bapa boleh menghadiahkan buku terkini kepada pelajar yang membaca paling banyak buku dengan buku yang baru. Setelah selesai, pelajar tersebut boleh meletakkan buku tersebut di perpustakaan kecil kelasnya.
contoh perpustakaan mini di luar negara khas untuk pelajarnya
BAWA MEREKA TONTON WAYANG BUKU YANG TELAH DIFILEMKAN - Ada banyak buku yang telah difilem mahupun didramakan. Ajak mereka baca & tonton bersama.
BERIKAN KANAK-KANAK VOUCHER PERCUMA UNTUK MEMBELI BARANG KESUKAAN MEREKA - Yang ni, rasanya semua orang suka. Jadikan ia salah satu tarikan dengan memberikan voucher / kupon berkaitan dengan buku atau peralatan sekolah.
BELANJA PELAJAR ATAU ANAK ANDA MAKAN DI TEMPAT TERTENTU - Reward yang sangat bagus & mengenyangkan. Belanja mereka makan benda yang sihat.
ADAKAN PARTI POPCORNSAMBIL MEMBACA DI KELAS - Ia lebih santai dari terus mendesak mereka untuk membaca. Sambil makan, mereka akan lebih selesa untuk berinteraksi.
CETAK T-SHIRT YANG ADA GAMBAR KAREKTOR / BUKU KESUKAAN MEREKA - Anda boleh custom-made baju seperti ini. Atau jika dah ada terjual, belikan sahaja.
ADAKAN MASA UNTUK BERIADAH DI TEMPAT TERTENTU PILIHAN MEREKA - Jika membaca sahaja, takut mereka akan cepat bosan. Jadinya, jadikan aktiviti beriadah atau main permainan tertentu setiap bulan. At least, badan pun sihat, otak juga cergas.
BUATKAN BEG ISTIMEWA BERDASARKAN GENRE BUKU YANG MEREKA SUKA - Mungkin anda boleh mencipta satu beg yang cantik atau istimewa sempena kejayaan mereka menghabiskan buku yang dibaca.
HADIAHKAN JURNAL ATAU BUKU NOTA YANG MENARIK - Jurnal atau buku nota ini menjadi salah satu cara mereka meluahkan perasaan atau review lepas membaca buku. Ia menjadi satu ringkasan pendapat mereka tentang buku tersebut atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.
No comments:
Post a Comment