Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Imam Al-Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Imam Al-Ghazali. Show all posts

Friday, July 14, 2023

Nasihat Buat Pemerintah ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Nasihat Buat Pemerintah yang berada di tangan pembaca ini merupakan terjemahan karya Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali dengan judul asal, al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Risalah ini dikarang untuk ditujukan khusus kepada Sultan Muhammad bin Malik Shah, seorang pemerintah Empayar Seljuq pada waktu itu.

Dalam karya ini, susun atur kandungannya terbahagi kepada tujuh bab – didahului oleh satu bahagian awal yang diasingkan. Pada bahagian pendahuluan, Imam al-Ghazali menekankan asas-asas usul bagi iman, cabang-cabang iman yang melibatkan dasar-dasar keadilan dan kesaksamaan, serta hakikat dunia dan kematian yang mesti direnungkan dengan mendalam oleh para pemimpin.

Imam al-Ghazali kemudiannya membicarakan secara komprehensif perihal keadilan dan siasah, kementerian, kesetiausahaan, sahsiah seorang pemerintah, kata-kata hikmah para hukama’, kemuliaan akal serta perihal wanita. Banyak kisah pemimpin unggul terdahulu turut disertakan untuk dijadikan contoh teladan. Ternyata kandungan karya ini kekal relevan sebagai panduan bermakna untuk para pemerintah seluruh dunia.

Monday, November 29, 2021

Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Abū Ĥāmid al-Ghazālī, (1058-1111) adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Minhajul Abidin (secara harfiah bererti Pedoman Dasar bagi para Ahli Ibadah) adalah kitab tasawuf karangan Imam Al-Ghazali. 

Kitab ini ditulis menjelang wafatnya Imam Al-Ghazali. Dengan kata lain, ditulis setelah Kitab Ihya Ulumuddin. Dalam kitab ini Imam Al-Ghazali menggunakan istilah 'aqobah yang rrtinya jalan mendaki yang sukar ditempuh. Menurut Imam Al-Ghazali ada tujuh 'aqobah yang dapat meningkatkan kualiti ibadah serta faktor-faktor yang dapat menghubungkan spritual seorang hamba dengan Tuhan. "Ilmu itu ibarat permata dan lebih utama dari ibadat. Namun, kita tidak boleh meninggalkan ibadah dengan disertai ilmu. Misalnya sebuah pohon, ilmu ibarat pohonnya dan ibadah buahnya. Maka, jika kita beribadat tanpa dibekali ilmu, ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin"

Tuesday, March 2, 2021

Bimbingan Mukmin (Ringkasan Ihya' Ulumuddin Karangan Al-Imam Ghazali) ~ Ustaz Johari, Ustaz Azhari

(SEM & SS) RM85.00 > RM82.00

Membicarakan segenap persoalan hidup, pembentukan akhlak dan budi pekerti, pendidikan jiwa dan kerohanian serta penyuburan nur dan semangat Islam. Kupasan terperinci pelbagai hikmah dalam ibadat, muamalat (kemasyarakatan) dan munakahat (kehidupan rumah tangga).

Bimbingan dan nasihat ke arah memartabatkan insan menjadi seorang mukmin sejati mengikut landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


KEISTIMEWAAN BUKU INI :
Terjemahan dari kitab asal 'Mau'izhatul Mu'minin' dari kitab terkenal Ihya' Ulumiddin karya Imam Al-Ghazali. Disusun dengan kemas dan teliti serta disemak oleh ahli-ahli panel yang berwibawa dari pelbagai bidang agama.

Mengandungi 34 bab sebagai bimbingan seisi keluarga seperti Rahsia Zakat, Halal Haram, Amar Makruf dan lain-lain.

ISI KANDUNGAN :
BAB 1 : Ilmu Pengetahuan
BAB 2 : Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAB 3 : Rahsia - Rahsia Bersuci Atau Thaharah
BAB 4 : Rahsia - Rahsia Solat Dan Keutamaannya
BAB 5 : Rahsia - Rahsia Zakat
BAB 6 : Rahsia - Rahsia Puasa
BAB 7 : Rahsia - Rahsia Haji

Tuesday, October 6, 2020

Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.50

Hadis-hadis yang ada di dalam buku ini telah dikumpulkan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dengan tujuan menjadi dasar atau sumber yang kukuh sebagai nasihat serta pengajaran bagi para mukmin yang senantiasa haus akan kesempurnaan pengabdiannya kepada Ilahi, sekaligus menjadi peringatan bagi para muttaqin.

Beliau memilih di antara sekian banyak hadis qudsi untuk disampaikan kepada kaum Muslimin, supaya ada sinar yang boleh menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, mengajak mereka zuhud, tawadduk, sabar, takut kepada Allah (Azza wa Jalla) serta berserah diri dengan sepenuhnya kepada -Nya.

Hal-hal seperti ini sudah tentu amat digemari orang-orang mukmin dan orang-orang yang rajin beramal, supaya mereka sentiasa dalam keredaan Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang di dunia juga di akhirat.

Monday, October 5, 2020

Kitab Al-Arbaik Fi Usul Ad-Din: 40 Prinsip Agama Penyucian Rohani Untuk Meraih Akhlak Terpuji ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Pintu-pintu kebahagiaan adalah ilmu dan amal. Kuncinya pula adalah kesungguhan dan tafakur. Sesungguhnya, jika orang bodoh melatih hatinya dan menguatkan jiwanya, kadangkala akan menemui sebahagian kedalaman ilmu jua. Akan tetapi, dia mendapatkannya hanya sedikit dalam tempoh yang lama, sehingga tidak mampu mendapat pengetahuan yang sepatutnya kecuali dengan hati yang bening seperti cermin yang bersih. Perkara itu dengan fitrah yang kuat dan tujuan yang benar. Kerana tabiatlah yang menghalang hati untuk mengenal Allah SWT. Sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dengan hatinya.

Empat perkara dibahas di dalam buku ini iaitu:
1. Prinsip Ilmu
2. Amal Lahiriah
3. Membersihkan Hati dan Akhlak Yang Tercela
4. Akhlak Terpuji

Keempat perkara ini dibahaskan dan di bawah setiap perkara itu ada 10 prinsip agama ke arah menyucikan hati dan mendapatkan akhlak yang terpuji.

 

Tuesday, February 4, 2020

Az-Zahabul Ibriz: Rahsia dan Khasiat Ayat-ayat Al-Quran ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Az-Zahabul Ibriz, merupakan sebuah manuskrip karya seorang tokoh ilmuwan agama, Imam Al-Ghazali yang telah diolah oleh Dr. Abdul Hamid Shaleh Hamdan buat bacaan umum.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Al-Isra': 82)

Ayat ini jelas membuktikan keistimewaan dan mukjizat Al-Quran yang sebenarnya sudah lama diamalkan oleh para Ulama dalam usaha merawat tubuh badan insan daripada penyakit-penyakit zahir mahupun batin seperti kusta & kerasukan jin.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya (kecuali mati), sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran." (HR. Ibnu Majah)

Thursday, August 10, 2017

Jalan Menuju Petunjuk ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Bidayah al-Hidayah adalah sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Ia telah menjadi bahan rujukan utama dalam kalangan umat Islam tanpa dibatasi sempadan negara dan perbezaan bangsa. Bahkan, kitab ini telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Itulah antara tanda keberkatan dan penerimaan kitab ini. 

Di Nusantara, kitab Bidayah al- Hidayah ini telah diterima dengan baik sebagai baahan bacaan umum dan khusus, sama ada di masjid-masjid, surau serta pusat-pusat pengajian. Ia menjadi bahan yang dipelajari oleh setiap pelajar yang ingin memulakan jalan menuntut ilmu. Keistimewaan kitab ini adalah, ia menjadi panduan atau boleh disebut sebagai manual harian bagi seorang Muslim sama ada berkaitan amalan ketaatan (rohani dan jasmani), menjauhi kemaksiatan dan perhubungan sesama insan. Ketiga-tiga perkara ini ialah tunggak utama kepada seorang Muslim.

Tuesday, May 5, 2015

Ringkasan Ihya' Ulumuddin (H/C) ~ Imam Al-Ghazali

Kitab Ihya Ulumuddin merupakan antara kitab rujukan klasik yang popular daripada kitab-kitab klasik-tradisional yang ada. Bahkan hingga kini, kitab ini tetap dijadikan rujukan utama bagi para ahli suli dan ahli agama. Buku ringkasan Ihya Ulumuddin iii mentpakan ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang berjilid-jilid jumlahnya. Walaupun sudah banyak ringkasan yang telah dilakukan, buku ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana ringkasannya dilakukan sendiri oleh Imam al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan Lujuan buku tersebut.

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid al-Ghazali ini mempunyai penganti yang sangat besar dalam mengekang ancaman dan serangan materialisme yang menghembuskan racun-racun taksubkan kebendaan dan kecintaan kepada dunia. Melalui usaha beliau yang multi, ramai initial sedar hahawa aspek kesufian juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia clan akhirat.

Kitab ini menganduiigi panduan-panduan tentang adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil pemerhatian yang mendalam dan tajam daripada Imam Ghazali tentang berbagai perkara khususnya tentang penyucian hati.
*****
(SEM) RM55.00 > RM48.40
(S/S) RM58.00 > RM51.00

Sunday, December 15, 2013

Sabar dan Syukur ~ Imam Al-Ghazali

Kesabaran dan Kesyukuran adalah dua bahagian yang saling melengkapkan iman. Kedua-duanya amat penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang mukmin. 

Sifat sabar diperlukan ketika diri sedang menghadapi satu situasi yang membimbangkan atau yang memudaratkan. Manakala sifat syukur pula diperlukan apabila kita diberikan nikmat atau kenikmatan di dalam kehidupan. Di sini menunjukkan bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Menidakkan atau tidak memahami sifat sabar dan syukur adalah satu kebodohan terhadap dua bahagian iman ini. 

Buku ini mengupas dengan lebih mendalam makna sabar dan syukur. Semoga dengan pemahaman yang lebih kukuh akan kualiti ibadah kita khasnya rukun Islam yang lima lebih mantap. Malah dengan itu menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan kita kepada rukun iman yang enam.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Friday, June 14, 2013

Jalan Membawa Hati Menuju Allah s.w.t. ~ Imam Al-Ghazali

Cintakan jawatan, pangkat, harta dan dunia merupakan racun berbisa yang boleh membawa maut. Nafsu dan syahwat yang tidak terkawal clan liar boleh menyebabkan kita takbur dan hanyut dengan nikmat sementara dunia yang fana ini. Ini merupakan unsur negatif yang mampu merosakkan agama. 

Manakala panjangnya angan-angan akan menjadi penghalang untuk melakukan amal kebaikan dan menghalang suburnya kebenaran. Sikap bertangguh dan suka menundamenundakan ibadah dan amal kebaikan pula adalah godaan syaitan yang paling besar. Sekiranya manusia berjaya dilalaikan maka telah memjadi satu kejayaan besar kepada syaitan. Kedekut, panas baran, mengagumi diri sendiri pula adalah suatu penyakit yang sangat membinasakan sama ada diri sendiri mahupun orang lain. 

Jinak dan bersihkanlah hatimu dan pagarkan nafsumu. Bimbinglah hatimu menuju jalan Allah S.W.T. Hanya had yang bersih itu tidak akan pernah kenyang dari membaca Al-Qur'an. Dan dengan hati yang bersih membawakan kepadanya kenikmatan clan lembutnya keimanan. Jalan itu sudah berada di hadapan anda, hanya menunggu langkah yang yakin clan teguh untuk dibawakan hati menuju Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...