Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Muhd Kamil Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Muhd Kamil Ibrahim. Show all posts

Wednesday, August 23, 2023

Setiap orang pernah melakukan dosa


🧡Kita semua pendosa tapi jangan sampai kita terlupa untuk berubah menjadi lebih baik.Apa yang berlaku, sebagai pengajaran untuk masa hadapan 😊

Buku: Muhd Kamil Ibrahim. 2018. Kita Tidak Berdosa. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Thursday, July 27, 2023

Ajaklah Dia... Sepatah Biarpun Sukar... ~ Khairul Anuar Basri, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Mengajak kepada kebaikan merupakan amal ibadat. Di sana sini, peluang ini terbuka luas. Ironinya, ramai yang memilih berdiam diri dan membiarkan ia berlalu. Mereka merasakan ia tidak perlu. Lalu kami bersepakat, buku ini menjawab pertanyaan, “Kenapa ia perlu dilakukan?” Kami bercerita tentang sasaran dan bahan ajakan untuk menjadi pertimbangan khalayak pembaca.

Dulu-dulu, hanya mereka yang alim agama bertugas dalam tugas mengajak. Lahirlah istilah pendakwah. Usaha mereka menjurus kepada hukum-hakam syariah. Lalu berdakwah – menyampai walau sepotong ayat – menjadi sukar. Batasan ilmu di dada menjadi penghalang. Terasa-rasa tidak layak dan ia bukan tugas kita.

Dunia kini berbeza.

Sempadan dunia mengecil. Jarak menjadi terlalu dekat. Teknologi memudahkan. Mad‘u yang datang dari pelbagai watak dan disiplin kelihatan lebih pintar dan mudah menyerap kreativiti dakwah. Benarlah ... saranan betapa setiap orang boleh menjadi pendakwah kian jelas dan mula menjadi kenyataan.

Ujian Kita: Usah Berdukacita ~ Muhd Kamil Ibrahim dan rakan-rakan

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kisah ujian kehidupan yang ditempuh oleh seseorang dan bagaimana ujian itu dihadapi, boleh menjadi 'healing' (penawar) buat orang lain. Inilah yang akan dirasai apabila membaca buku ini.

Malah sebahagian pembaca mungkin akan menemui kisah serupa dengan apa yang mereka pernah atau sedang hadapi. Setidak-tidaknya ia memberi inspirasi. Dalam cerita, ada ilmu yang pembaca dapat.

Ada panduan dan motivasi daripada 40 kisah ujian yang pelbagai daripada 20 orang penulis dari bermacam-macam latar belakang ini - ahli perniagaan berjaya, jutawan, golongan profesional, pakar saham, guru, suri rumah sepenuh masa, al-hafiz, penulis, bekas banduan, dll.

Perkongsian paling berharga adalah bagaimana mereka ini menghadapi ujian dan - dalam beberapa kisah - bagaimana ujian itu menjadi 'turning point' ke arah kehidupan yang lebih baik.

Buku ini sebenarnya menghimpun 'success stories' (kisah-kisah kejayaan) dalam menempuh ujian hidup. Ia diceritakan sendiri oleh insan-insan yang kebanyakannya berjaya dalam bidang masing-masing. Apa yang ditekankan adalah kejayaan melepasi satu fasa getir dalam kehidupan yang Allah uji pada mereka.

Dari satu kisah ke satu kisah, ia memaparkan didikan Allah dalam rentetan ujian yang menjadikan seseorang itu lebih baik dan lebih dekat dengan-Nya, daripada sebelum itu.

Tuesday, June 21, 2022

Karya Terakhir ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Kehidupan di penghujung usia sangatlah bermakna yang mana tidak semua orang berkesempatan untuk menikmati tempoh tersebut.

Karya Terakhir ditulis berasaskan pengalaman dan kisah hidup penulis dalam mengharungi warna-warni kehidupan di penghujung usia beliau.

Manisnya ujian di penghujung usia tidak dapat disamakan dengan cabaran semasa di usia muda. Malah tempoh usia yang berbaki ini sangat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Begitulah sedikit sebanyak yang ingin dikongsikan oleh penulis di dalam buku ini.

Ujian yang menimpa seseorang hamba bukanlah untuk membebankannya tetapi Tuhan yang Maha Pengasih ingin menguatkan lagi hamba-Nya dan ingin hamba-Nya lebih dekat lagi kepada-Nya. Melalui ujianlah, Allah ingin melihat kesabaran dan rasa kebergantungan hamba-Nya. Itulah warna-warni kehidupan.

Friday, July 10, 2020

Ceritalah... DIA Ada di Sisi ~ Mohd Zaini Mohd Arif, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

CERITALAH … DIA ADA DI SISI adalah kisah sebenar dan asli yang diceritakan dari pelbagai sisi. Hampir keseluruhannya berkisarkan pengalaman kehidupan penulis dalam meniti usia senja.

Setiap kisah mempunyai sebab tersirat untuk difikirkan yang mana pada setiap kejadian dan peristiwa telah ditakdirkan oleh Allah.

Allah memberi jawapan, betapa setiap kejadian yang berlaku dalam hidup penulis dan manusia umumnya, boleh ditemui hikmahnya melalui kalam Allah di dalam al-Quran.

Kisah-kisah lampau boleh dijadikan pedoman agar kita lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi hujung usia.
Buku ini terbahagi dua bahagian yang mengandungi 44 cerita motivasi keseluruhannya yang disampaikan dalam bahasa yang mudah dan mencuit hati.

Tuesday, March 12, 2019

Didik Anak Cemerlang ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang.

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.
Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.

Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan.
Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Friday, February 22, 2019

Beri Dua Minit ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.

Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.

Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”

Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas.

Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.

Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi bacaan penambah ilmu.
Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat.

Tuesday, October 23, 2018

Nota Pasca Haji ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Umrah ke satu umrah lainnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain syurga’.” (Riwayat Bukhari)

Ibadat haji wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup. Itu pun jika mampu. Lalu haji mabrur menjadi impian dan harapan setiap jemaah. Tiada balasan melainkan syurga.

Anugerah ini bersyarat. Ia perlu dirancang dan diusahakan. Malangnya tidak ramai yang bergelar ‘haji’ dan ‘hajah’ berjaya mengekalkan haji mabrur hingga akhir hayat.

Ada yang gagal sebaik sahaja pulang ke tanah air. Lihat sekitar. Sudah ada yang ‘tidak solat berjemaah di masjid’ bagi bagi si haji dan ‘tidak menjaga aurat’ bagi si hajah. Ini bukan perwatakan dan akhlak bakal ahli syurga. Jika di Tanah Suci, segala-galanya terpelihara, mengapa pulang ke tanah air kembali kepada watak asal?
Sangatlah rugi jika haji mabrur tidak dipertahankan kerana bagi kebanyakan orang peluang menunaikan haji hanya datang sekali.

Saturday, May 19, 2018

50 Tip Motivasi Haji & Umrah ~ Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.”

Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan.

Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yangsangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkandengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepatmungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang bacaterutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkansesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damaiapabila selesai membaca manuskrip ini.

Kamaruddin Majid,
Penasihat Agama UiTM

Wednesday, May 16, 2018

Au Revoir ~ Mazliham Mohd Su'ud, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kali terakhir menunggu pesawat di lapangan terbang sebelum berangkat pulang, perasaan sedih dan gembira bercampur baur. Tidak pernah termimpi saya akan sampai ke Peranchis. Saya Cuma anak kampung yang sudah berkali-kali gagal dalam permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh. Saya bukan pelejar cemerlang yang hebat dengan keputusan terbaik. Tidak mungkin mampu untuk kembali ke Peranchis lagi selepas tamat pengajian di sana. - Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud

Perjalanan ini tertangguh lebih 10 tahun. Saya gagal di dua universiti: matrikulasi UKM dan UTM. Setelah digerakkan hati untuk berfikir seketika, merenung diri, dan akhirnya berjaya di Uitm. Bertemu isteri, Raudzah Roslan (Roza). Akhirnya, saya mendapat tawaran belajar di luar negara. Di Dundee, Scotland dan seterusnya di Bangor, Wales. Kedua-duanya di bumi ratu. Saya terkenangkan kisah lampau terutamanya perasaan kecewa ayah. Perjalanan ini seolah-olah membasuh segala dosa lampau. - Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Kita Tidak Berdosa ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Prof, boleh maklumkan tajuk kuliah yang ingin disampaikan?”

“Kita Tidak Berdosa.” Beberapa hari kemudian pihak penganjur berhubung sekali lagi.

“Prof, boleh kita tukar tajuk?”

“Mahu tukar kepada...?”

“Ya Allah, Ampunilah Kami.”

“Itu tajuk budak sekolah. Saya memilih tajuk Kita Tidak Berdosa atas beberapa sebab. Tiada paksaan untuk menjemput saya berceramah. Tuan (Puan) belum pun mendengar apa yang ingin saya tuturkan tetapi sudah mempunyai tanggapan tertentu. Saya tidak akan pergi jika tajuk ditukar.”

Dan, pada hari tersebut, saya masuk ke lokasi untuk menyampaikan kuliah, mata saya terpandang banner yang tergantung. Allah ya Allah, tajuknya telah ditukar!

Thursday, November 9, 2017

Raikan Cinta ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Selamat Pengantin Baharu: RAIKAN CINTA – Pesanan Buat Semua merupakan anekdot pemikiran yang dicatatkan penulis tentang urusan perkahwinan, menantu, mentua, anak dan kaum keluarga melalui satu detik penting kehidupan manusia.

Ia berupa panduan dan pesanan-pesanan yang boleh dimanfaatkan khalayak. Salah satunya, bagaimana mengatur majlis perkahwinan yang patuh syariah.

Amat sesuai untuk bacaan bakal pengantin dan bakal mentua. Malah, sesuai dijadikan cenderamata untuk jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan.
-----
Dengarlah pesanan ini duhai anak …

Jika hati sudah dimiliki, segera khabarkan kepada mama dan ayah. Biar keluarga berurusan dengan keluarga. Usah berkawan berlama-lama.

Tuesday, September 5, 2017

Penawar Kehidupan ~ Fazimah Hayati, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sifat manusia itu lemah. Sering kali tewas dek bisikan nafsu dan syaitan. Lalu mereka perlu mencari penawar agar hidup tidak tersasar dari jalan yang benar.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal yang perlu digunakan.

Friday, April 28, 2017

Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai di Al-Aqsa ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Ziarah al-aqsa?
Takut?
Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak?

Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis.

Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa. Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah.

Sebuah travelog. Penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak...rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.

Monday, November 7, 2016

Bahagia Berganda: Dia Mahu Kita Ke Syurga ~ Mohd Zaini Ariff, Muhd Kamil Ibrahim

DIA Mahu Kita ke Syurga
Kebahagiaan itu mendamaikan, datangnya berbeza arah.
Moga ada manfaat, ingatlah Allah sentiasa.

MOHD ZAINI MOHD ARRIF :
BAHAGIA
Wang boleh membeli kebahagiaan seandainya kita dapat berkongsi kemewahan bersama orang lain dengan penuh keikhlasan.

BERGANDA
Amalan bersedekah adalah kenderaan yang dapat melapangkan rezeki kesihatan, kekeluargaan dan harta benda. Hukum alam adalah hukum timbal balik bahawa jika kita memberi, maka Allah akan membalas perbuatan kita dengan pahala dan kehidupan yang baik lagi bahagia.

*******************************
MUHD KAMIL IBRAHIM :
BAHAGIA
Pada ketika itu jika ada bertanya tentang rasa bahagia, maka saat dan detik dinyatakan saya telah berjaya mendapat PhD merupakan kebahagiaan tertinggi pernah dicapai. Sungguh, ia kemuncak kepada segala rasa susah payah mengejar segulung ijazah. Ramai mencuba tetapi ramai juga kecundang. Ia bukan soal cerdik, pandai atau belajar semata-mata. Hanya mereka yang pernah melalui proses ini dapat memahami ujian dan cabarannya.

BERGANDA
Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Friday, October 21, 2016

Rumah Sakit ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”

Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Monday, November 30, 2015

Bila Hati Berkata... Biar Hati Terasa ~ Bonda Nor, Muhd Kamil Ibrahim

Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...