Pengembaraan Ustaz Darus Senawi bermula apabila beliau mahu pergi ke Mesir. Cita-citanya untuk menuntut ilmu Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Disebabkan duit tidak mencukupi untuk menaiki kapal terbang, beliau memilih untuk menaiki kapal laut. Bersesak beramai-ramai dengan penumpang kapal yang lain, hingga bekalan makanan kehabisan sedangkan kapal masih jauh di tengah lautan.
Apabila kapal berlabuh di India, beliau terkandas pula di situ. Beliau terpaksa menumpang teduh dengan sebuah keluarga tempatan. Selepas empat bulan di sana, beliau hampir mati akal sebelum berjaya ke Mesir akhirnya.
Selesai pengajian di Mesir pada tahun 1970, beliau berhajat nak sambung belajar di Kanada. Namun