Dalam kehidupan sehari-hari, kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang menonjolkan peribadi mulia dan positif dan tidak kurang pula yang berakhlak buruk dan bersikap negatif. Keadaan lebih mencabar serta bole mengelirukan terutama pada era siber ini.Terkadang, ada tokoh yang terkenal dengan membawa imej agama, tetapi terlibat dalam aktiviti yang menimbulkan keaiban serta keruntuhan akhlak. Generasi muda kita pula terdedah kepada budaya hedonisme, hingga sanggup menjulang artis-artis sebagai ikon. Menyedari akan kekeliruan generasi muda kita dalam mencari ikon yang benar-benar boleh diteladani, maka buku IBRAH 45 TOKOH ISLAM UNTUK SEISI KELUARGA ini diterbitkan. la bertujuan memaparkan kehidupan tokoh-tokoh yang sudah düiktiraf serta diakui sejarah tamadun manusia, akan peranan, jasa serta teladan kehidupan yang dijalani oleh mereka.
Tokoh-tokoh dalam buku in adalah sook tubuh manusia yang terkenal serta dikagumi tamadun manusia. Mereka terdiri daripada insan paling mulia iaitu Nabi Muhammad saw serta sepuluh sahabatnya yang utama. Tidak ketinggalan juga, kisah hidup para isteri nabi iaitu ummahatul mukminin serta beberapa tokoh sahabiyah utama turut dipaparkan. Begitu juga dengan kisah perjuangan para syuhada serta pahlawan Islam yang berkorban nyawa demi menyebarkan dakwah Islam dan menentang kejahatan musuh-musuh Islam. Baik mereka yang bergelar suami,bapa dan ketua keluarga, mahupun yang bergelar isteri dan ibu, mahupun anak-anak baik lelaki atau perempuan, buku ini amat sesuai untuk dibaca serta dijadikan bahan teladan. Selamat membaca buat seisi keluarga!
No comments:
Post a Comment