Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa buah negeri telah dibunuh secara kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu ole kuli-kuli ladang dari keturnan pendatang luar. Tragedi menyayat hati ini bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar berseniata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia. Pembunuhan terhadap sultan dan raja-raja Melayu dilakukan secara besar-besaran.Ada yang ditenggelamkan ke dalam laut, ada yang dipotong leher, ada yang ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan kejam yang lain, dilakukan ole golongan yang pro-komunis pimpinan Parti Komunis Indonesia.
Serbuan it merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di neger Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di neger Panai dan Tengku Mustafa yang bergelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, dan Kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan in mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang milik Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Hampir separuh daripada penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai juga telah diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal iaitu Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam lagi, puteri-puteri Sultan Langkat telah diperkosa dan yang lebih memilukan lagi ialah pemerkosaan ini dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat sendiri. Putera Mahkota Langkat yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI yang bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Golongan pro-komunis juga telah menangkap semua kerabat diraja Melayu di beberapa daerah lain, terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, mereka disiksa, dihina sebelum dibunuh Selepas 19 tahun tragedi ini berlaku, iaitu pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa ole Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia.
No comments:
Post a Comment