Tapak warisan dunia merupakan kawasan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai kawasan yang menyimpan serta memiliki nilai-nilai sejarah, kebudayaan dan fungi yang penting kepada dunia. Antara kriteria umum yang ditetapkan UNESCO untuk menyenaraikan sesebuah lokasi sbagai tapak warisan dunia ialah memiliki nilai sejarah yang unik dan universal dalam perkembangan ketamadunan manusia, memiliki bangunan, arkitektur dan teknologi yang menunjukkan sejarah perkembangan manusia, dan merupakan tempat yang berfungsi dalam meneruskan kelestarian ekosistem alam semula jadi manusia. Di samping menjalankan proses pemeliharaan, tapak-tapak warisan dunia yang ada di serata dunia turut diadikan sebagai pusat pelancongan bagi para pelancong, dengan tujuan untuk pendidikan serta menimbulkan kesedaran memelihara sejarah warisan dunia dan juga alam semula jadi
Pengisytiharan Kara Agung Warisan Budaya Lisan dan Bukan Benda Manusia atau 'Proclamation Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity' telah dilaksanakan oleh Pengarah Urusan UNESCO sejak tahun 2001 untuk meningkatkan kesedaran tentang warisan budaya bukan benda, dan mendorong masyarakat setempat agar ikut melestarikan warisan budaya beserta tokoh-tokoh tempatan yang memelihara bentuk-bentuk ekspresi budaya tersebut. Bahasa, sastera, muzik, dan tarian, serta permainan dan sukan, tradisi kuliner, ritual dan mitologi, pengetahuan dan amalan -amalan sehubungan dengan jagat raya, teknik tradisional dalam pembuatan kerja tangan, dan ruang-ruang budaya termasuk di antara banyak bentuk warisan bukan benda. Warisan bukan benda dipandang sebagai kumpulan keragaman budaya, dan ekspresi kreativiti, serta tenaga pendorong bagi kebudayaan. Kedudukannya yang rentan terhadap kekuatan globalisasi, transformasi sosial, dan intoleransi, menyebabkan UNESCO mendorong komuniti-komuniti supaya mengenali, mendokumentasi, melindungi, mempromosi, dan merevitalisasi peninggalan-peninggalan budaya.
No comments:
Post a Comment