Malah sebahagian pembaca mungkin akan menemui kisah serupa dengan apa yang mereka pernah atau sedang hadapi. Setidak-tidaknya ia memberi inspirasi. Dalam cerita, ada ilmu yang pembaca dapat.
Ada panduan dan motivasi daripada 40 kisah ujian yang pelbagai daripada 20 orang penulis dari bermacam-macam latar belakang ini - ahli perniagaan berjaya, jutawan, golongan profesional, pakar saham, guru, suri rumah sepenuh masa, al-hafiz, penulis, bekas banduan, dll.
Perkongsian paling berharga adalah bagaimana mereka ini menghadapi ujian dan - dalam beberapa kisah - bagaimana ujian itu menjadi 'turning point' ke arah kehidupan yang lebih baik.
Buku ini sebenarnya menghimpun 'success stories' (kisah-kisah kejayaan) dalam menempuh ujian hidup. Ia diceritakan sendiri oleh insan-insan yang kebanyakannya berjaya dalam bidang masing-masing. Apa yang ditekankan adalah kejayaan melepasi satu fasa getir dalam kehidupan yang Allah uji pada mereka.
Dari satu kisah ke satu kisah, ia memaparkan didikan Allah dalam rentetan ujian yang menjadikan seseorang itu lebih baik dan lebih dekat dengan-Nya, daripada sebelum itu.
No comments:
Post a Comment