Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Friday, August 25, 2023
Jangan putus ada. Kuat semangat.
Jangan putus asa. Jika sukar, bangkit & usaha kembali perlahan-lahan. Kita pasti belajar sesuatu di sepanjang jalan dalam memperbaiki diri.
Sumbangkan seikhlas hati
Buatlah kebaikan di sekeliling kita meski terlihat sedikit. Adakala, yang sedikit itu memberi impak besar kepada orang lain. Dan Allah Maha Melihat apapun kebaikan kita.
Buku: Ahmad Affzan Abdullah. 2018. Kalau-Lah. Mustread Sdn Bhd. Selangor.
Thursday, August 24, 2023
Kesudahan Yang Baik Hanya Bagi Yang Bertakwa ~ Maulana Muhammad Asri Yusoff
Mengandungi 100 tajuk dan dipecahkan kepada enam bahagian merangkumi akidah, ibadah, akhlak, ilmu hadis, isu semasa dan sejarah.
Kritikan dan saranan yang disentuh oleh Maulana dalam buku ini kebanyakannya berkisarkan realiti dan isu yang berlaku dalam masyarakat.
Memahami agama secara berstruktur dapat membantu seorang Muslim berfikir dan mengenal pasti kekeliruan serta bidaah.
Buku ini menjadi bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami agama dengan lebih luas dan rasional.
Taiuk menarik dalam karya ini:
1- Kesudahan yang Baik hanya bagi yang Bertakwa
2- Maksiat Berlaku dengan Kehendak Allah
3- Siapakah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah?
4- Ringkasan Aurat Wanita di Sisi Empat Mazhab
5- Kritikan pada Kitab Fadhailul A’mal
6- Panduan dalam Berinteraksi dengan Kaum Sufi
Dalam Sedihmu Berbaik Sangkalah Kepada Allah ~ Andromeda Nisa
Bahawa Dia yang memberi nikmat.
Diberi bahagia ataupun sedih, ia sesuai kadarnya.
Kerana Allah tahu batasan bagaimana yang sesuai untuk setiap makhluknya.
Sesuai kadar, bukan sesuai akal.
Justeru, dalam denai dan lapang jiwamu, berbaik sangkalah kepada Allah.
Hidup Tidak Sering kali Baik-baik Sahaja ~ Syeikh Mustafa Al-Ghalayini
Buku “Hidup Sering Kali Tidak Baik-Baik Sahaja, Tetapi Kita Mampu Menghadapinya” ini ditulis untuk kita yang berasa di titik terendah dan sedang kehilangan arah. Meskipun tergolong klasik, nasihat-nasihat dalam buku ini masih tetap relevan bagi menjawab pelbagai masalah yang kita alami hari ini.
Buku karya ulama sekali gus sasterawan dunia ini pernah disekat oleh pemerintah kolonial Belanda untuk diajarkan oleh para guru di institusi pondok di Indonesia. Buku ini dianggap berbahaya dan dapat membangkitkan semangat perjuangan dan perlawanan kaum muda. Selain itu, buku ini juga yang menjadi salah satu inspirasi KH Hasyim Asy’ari dalam mencetuskan Resolusi Jihad yang mencetuskan pertempuran November 1945 di Surabaya.
Cinta Ilmu: Akidah. Fiqah. Ibadah ~ Tengku Nor Syazana, Abdul Azib Hussain
Islam menggalakkan setiap antara kita menuntut ilmu dengan kefahaman yang mendalam, agar kita bukan semata yakin dengan ajaran Islam yang diwarisi, malah sedar dan faham dengan penuh penghayatan hakikatnya.
Rancangan Cinta Ilmu muncul dengan konsep pembelajaran agama secara terbuka adalah bertujuan menjadi medium pendidikan Islam dan membentuk generasi hidup beragama dengan ilmu.
Selepas bersiaran secara langsung lebih 10 tahun, kini rancangan ini dibukukan agar menjadi rujukan relevan dan mencapai lebih banyak Muslim berilmu dan berkualiti.
Gratitude Making Sense of Life ~ Ummu Ahmadain
Life is a myriad of blessings and abundance that comes from the One and Only God, Allah. We might often overlook these blessings due to distractions. We compare ourselves to others, we question the trials and tribulations that we face – the ‘why me?’ question. We even question Allah’s decree to us.
We forget to be grateful to Him yet He constantly showers us with His Immense Mercy.
Coupled with thematic artworks of the day and night event, this book captures the author’s personal reflection on honing the act of gratitude as a way of life. Each metaphorical chapter serves as a reminder that from Allah we come, and to Him we return; in every situation, whether the best or the worst.
Wednesday, August 23, 2023
Kebangkitan Khalifah Akhir Zaman Dari Timur ~ Jaafar Salleh
Dalam buku edisi ini dipaparkan kebangkitan Islam yang bakal terjadi pada akhir zaman, yang telah disebut dan diisyaratkan oleh Nabi SAW dalam hadis dan oleh para sahabat dalam athar mereka. Ia terdapat dalam riwayat yang amat masyhur sekali, ia bukan suatu ramalan, tetapi suatu isyarat Nubuwwah, suatu yang dijanji Allah pasti terjadi.
Jika kita amati urutan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi sejak kewafatan Nabi SAW jelas bahawa dunia terus diisi oleh "Jadual Allah" menepati yang termaktub di Luh Mahfuz, ada yang belum terjadi, tetapi petandanya telah mula terjadi peringkat demi peringkat. Selaku umat Islam, menjadi tanggungjawab kita yakin dan bertindak mengisi Jadual Allah bagi menyediakan asas atau tapak bagi kebangkitan itu.
Membongkar Sejarah Kehebatan Tokoh-Tokoh Islam di Alam Melayu ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Agama Islam mula berkembang di Alam Melayu dalam abad ke -13 Masihi. Menjelang abad ke-15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh Alam Melayu dan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke-15 Masihi. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut.
Pemikir-pemikir budaya Melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu dengan ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.
Ujian, tanda Allah rindu
😔ANDA STRESS?
😔PENAT DENGAN DUGAAN YANG DATANG?
😔KENAPA USAHA TAPI MASIH TIDAK BERJAYA?
SABAR... Setiap menusia diuji. Minta bantuan DIA untuk ringankan, mudahkan ujian.
Buku: Riduan Makhtar. 2019. Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan. Kuala Lumpur.
F.I.R.E. Financial Independence Retire Early ~ Afyan Mat Rawi
Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.
Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.
Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.
Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.
Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.
Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.
Bijak Merancang Wang ~ Afyan Mat Rawi
Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.
Husnuzon: Tugas Kita Hanya Taat, Takdir Biar Allah Tentukan ~ Ustazah Muzayyanah Abdullah, Alfiah Berkah
Yang berjaya akan terus menongkah, yang kalah mula menyerah dan mencari salah. Sama ada mencari salah diri, salah masa, salah individu di sekeliling, malah lebih parah dan berat adalah menyalahkan tuhan.
Duhai sahabat, seberat apapun langkah dan bebanmu, tiada siapa yang salah, tiada siapa yang kalah. Semua dugaan dan cabaran adalah proses hidup manusia menuju destinasi yang sama dengan masa yang berbeza-beza. Cepat ataupun lambat, yang berhusnuzzon pasti tiba di destinasi, BERJAYA.
Sahabat, bersangka baik bukan satu pilihan, tetapi ia sebuah keputusan, untuk lebih tenang pada masa kini dan lebih maju pada masa hadapan.
Benarlah hakikat kejadian manusia, tugas kita hanya taat., takdir biar Allah yang tentukan. Husnuzzon!
Makan Ibadah Sihat: Cara makan Rasulullah s.a.w ~ Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad As-Sayyid
Jadi, setiap muslim dituntut untuk mengikut Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah mengetahui bagaimana cara baginda makan dan apa pula makanan yang menjadi kegemaran baginda yang tentunya makanan sihat dan berkualiti. Bagaimanakah cara Rasulullah SAW makan? Apa pula jenis makanan seharian baginda yang tentunya merupakan makanan yang sihat dan berkualiti?
Buku ini memaparkan kepada kita bagaiman cara baginda makan sekali gus memperkenalkan jenis makanan harian baginda. Dengan mengikuti pola dan cara pemakanan baginda diharapkan kita dapat hidup sihat dan berkualiti bagi memastikan risalah dan matlamat hidup kita pun berjalan seperti mana yang telah dituntut oleh syariat Islam.
Zon Bebas Dosa ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Buku ini membahas tentang tentang dosa dan cara membersihkan din daripadanya. Diterangkan mengapa orang mudah berbuat dosa dan menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Kemudian diterangkan pula kesan dan keburukan dosa. Dihuraikan hal-hal yang merangsang untuk bertaubat, jalan menuju hidayah dan cara mendekatkan din kepada Allah. Dan seterusnya diterangkan syaratsyarat bertaubat dan cara bertaubat yang betul. Oleh itu jangan berputus asa dan segeralah bertaubat sebelum terlambat.
Solat Subuh Itu Awesome ~ Samir Al-Qarni Bin Muhammad Riziq
Ketika ini ramai yang masih lena dibuai mimpi. Ada yang sibuk bersiap untuk bergegas ke tempat kerja, bagi anak-anak pula sibuk bersiap untuk ke sekolah. Leka dengan lena yang dibuai mimpi indah, sibuk dengan keperluan dan kehendak harian yang padat, subuh berlalu begitu sahaja. Berlalu dengan hikmah, keberkatan dan ganjaran yang tidak ternilai banyaknya. Setiap hari ia berlalu dan terlepas walaupun ia sudah berada di hadapan pintu rumah, yang hanya menunggu kita untuk membuka dan menjemputnya masuk dan menyinari kehidupan kita.
Manfaat subuh bukan hanya dari sudut ibadah dan spiritual sahaja. Malah kesannya terhadap kesihatan fizikal dan mental serta disiplin begitu besar. Dari sudut psikologinya juga amat mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Solat subuh mempunyai zat-zat yang amat diperlukan oleh ruh, minda serta akal manusia yang mana mampu memancarkan cahaya kecemerlangan dan mengindahkan karisma dan penampilan seseorang. Dari sudut kesihatan juga banyak memperkatakan tentang keutamaan dan khasiat yang terdapat dalam waktu subuh yang baik untuk tubuh dan emosi.
Hijrah Kerana Allah Hidup Berkah Rezeki Berlimpah ~ Muhammad Makholori
Cuba nilaikan keuntungan yang anda dapat daripada bisnes yang anda usahakan setiap bulan? Berapakah lebihan keuntungan yang anda dapat setiap akhir tahun? Satu juta, dua juta, sepuluh juta ataupun seratus juta. Pastinya anda akan merasa seronok apabila keuntungan anda berganda dan sentiasa bertambah setiap bulan.
Malah anda sentiasa mengharapkan agar terus untung dan untung. Namun itu semua adalah nilaian daripada segi nilaian harta materialistik. Lain pula kebahagiaan yang dinilaikan dari sudut keuntungan apabila bertransaksi dengan Allah s.w.t. Kebahagiaannya bukan sahaja di dunia malah juga kebahagiaan di akhirat yang hakiki dan sebenar.
Setiap orang pernah melakukan dosa
🧡Kita semua pendosa tapi jangan sampai kita terlupa untuk berubah menjadi lebih baik.Apa yang berlaku, sebagai pengajaran untuk masa hadapan 😊
Buku: Muhd Kamil Ibrahim. 2018. Kita Tidak Berdosa. Mustread Sdn Bhd. Selangor.
God is with the broken-hearted
💔 Hati ini sering dilukai, tabahlah. Dunia diciptakan untuk kita jadi kuat & belajar bertawakal pada Allah 🤲
Buku: @nashihatku . 2017. Tuhan, Beri Aku Waktu. Syabab Publication. Selangor.



















