Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.
Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.
Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.