Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Ishak Hj. Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Ishak Hj. Muhammad. Show all posts

Friday, July 14, 2023

Siri Klasik Pak Sako: Budak Beca ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Pak Sako bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya, nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak ‘berkhutbah’, namun estetika sebagai suatu karya masih lagi utuh terpelihara.

Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

Siri Klasik Pak Sako: Putera Gunung Tahan ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Belulang harimau putih
lapik membuka pekung
cenuai pengasih
membodohkan modennya manusia serakah

sakai, Robert, Tahan, William + mem
beringin bercakap, teropong terus
burung laju berlauk emas bersayur perak
orang bunyian, Ratu Bongsu, perempuan tua

Wacana pascakolonial era kolonial
Wacana Melayu
Wacana realisme magis
jiwa merdeka, jiwa bebas tak terjajah

Siri Klasik Pak Sako: Anak Mat Lela Gila ~ Ishak Hj. Muhammad

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung - suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya.

Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...