Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Jerry D. Gray. Show all posts
Showing posts with label Jerry D. Gray. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

Rasulullah is My Doctor (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Tuesday, September 1, 2015

Trust No One ~ Jerry D. Gray

Misteri kehilangan MH370 Malaysia Airlines masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, motif kehilangan pesawat itu masih belum terungkap walaupun banyak pihak sudah menyatakan pelbagai spekulasi dan andaian.

Begitu halnya kepada pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia seperti gempa bumi di jepun, tsunami di Acheh, banjir di Pakistan, pemanasan global, program kawalan populasi, penipuan vaksin dan pengkhianatan dalam industri perubatan dunia. Aneh.

Buku ini membincangkan konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia.

Agenda keji dengan kolaborasi pihak media menjadikan perancangan yang dilakukan cukup licik sehinggakan ramai di antara kita sudah tertipu dan percaya kepada fitnah.

Jangan biarkan kita menjadi mangsa penipuan dalam senyap.
Kita bukan tuli untuk bersuara, bukan buta untuk menilai.
Oleh itu, jangan percaya sesiapa, persoal segalanya, selidik dengan mata hati, dan iman yang benar.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Rasulullah Is My Doctor: Edisi Bahasa Malaysia ~ Jerry D. Gray

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah s.a.w
Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
Bab 4: Bekam

Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semula Jadi
Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan dari Pasar

Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran yang Menakutkan Mengenai Vaksin
*****
(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Tuesday, May 5, 2015

Allah Loves Me (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar. Namun, saya ingin berkongsi detik-detik indah ketika saya mula sedar betapa Tuhan itu begitu cintakan saya.

Saya tidak tahu yang Allah s.w.t. sudah mempunyai misi khas untuk saya sejak dilahirkan lagi. Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan itu rupa-rupanya adalah petanda Dia mahu saya kembali mereguk cinta-Nya.

Tiada yang lebih membahagiakan apabila sudah merasakan nikmat cinta itu, dan tidak mungkin saya berpaling lagi. Ini adalah jalan yang terbaik.

“Aku redha Allah s.w.t. adalah Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.”
*****
(SEM) RM35.00 > RM30.80
(S/S) RM38.00 > RM33.40

Monday, December 22, 2014

The Final Chapter (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan?

Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka.

Sudah bersediakah kita?

Antara Kandungan:
BAB SATU: PERMULAAN AKHIR ZAMAN
Permulaan Akhir Zaman
Gempa Bumi
Sungai Euphrates Kering, Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Kemiskinan
Angin Merah
Berlumba-Lumba Membina Bangunan Tinggi
Waktu Pantas

BAB DUA: PELBAGAI KEAJAIBAN
Afghanistan
Limpahan Kekayaan
Kemiskinan akan Berakhir
Agama Kembali Kukuh
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Keadaan Dunia sebelum Imam Mahdi Muncul

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...