Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Syeikh Nada Abu Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Syeikh Nada Abu Ahmad. Show all posts

Monday, October 5, 2020

Wahai Kaum Wanita, Delete Dosa Update Pahala ~ Syeikh Nada Abu Ahmad

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibu bapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah ibunya.

Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah SWT. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...