Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, March 18, 2014

Sifat Wanita Yang Menjadikan Pasangannya Berjaya dan Hebat ~ Agus Susanto

Peranan wanita bukan sahaja di dapur; menjaga anak atau tinggal di rumah sepertimana yang digambarkan dalam masyarakat umumnya. Sebenarnya wanita boleh menjadi individu yang berperanan besar di dalam kehidupan seorang lelaki. Bahkan di sebalik tokoh-tokoh besar dunia berdiri di belakangnya seorang wanita yang tabah dan besar peranannya.

Oleh itu, apakah sifat yang seorang wanita perlukan untuk menjadikan pasangannya berjaya dan hebat?
Buku ini memberikan jawapan untuk pertanyaan tersebut. Dengan terperincinya buku ini menjelaskan satu per satu sifat yang perlu oleh wanita agar pasangan mereka menjadi orang berjaya. Di antara sifat-sifat tersebut adalah seperti sifat kasih sayang, sabar, jujur dan saling mempercayai. Selain itu juga isteri juga harus peka terhadap suami, menjadi motivator bagi suaminya, bijak dalam komunikasi dan bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. Praktikkan, insya Allah andalah wanita yang membawa kepada kejayaan dan kehebatan suami anda.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Panduan Memandikan dan Mengebumikan Jenazah ~ Abdul Hamid

Masih ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan jenazah. Ada juga yang tahu namun masih kurang jelas tentangnya. Malah lebih parah lagi jika masukkan unsur bidaah atau unsur yang bertentangan dengan sunah Nabi S.A.W. dalam pengurusan jenazah ini.

Pengurusan jenazah atau kematian orang Islam amat berbeza jika dibandingkan dengan orang bukan Islam. Buku hadir sebagai panduan untuk kita menambah ilmu tentang pengurusan jenazah. la memuatkan secara komprehensif tentang pengurusan jenazah bermula daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar.
Disajikan secara sistematik dan penjelasan yang mudah untuk difahami oleh semua golongan pembaca. Begitu juga ulasannya yang berlandaskan dalil Al-Quran dan Hadis serta penjelasan oleh ulama salaf dan kontemporari. Semoga perkongsian ilmu yang terdapat di dalam buku ini dapat Rita manfaat sebaiknya dalam meraih keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Kesan-kesan Mengabaikan Solat Sunat Dhuha ~ Khalidi Elyas Bahar

Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Begitu istimewanya Solat Dhuha hingga Allah S.W.T. berfirman kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. melalui sebuah Hadis Qudsi,"Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat pada awal slang (waktu duha) kerana itu (Allah) akan mencukupkan kamu pada akhir slang." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ad-Darimi)
Jika kita ingin mendapatkan kelebihan dan keberkatan daripada solat sunat, iaitu solat pembuka pintu rezeki, kita perlu istiqamah dalam mendirikannya setiap waktu dhuha. Usah meremehkannya, kerana banyak akibat negatif sekiranya kita meremehkan solat sunat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelebihan dan keberkatan Solat Dhuha bukalah setiap helaian buku ini. Semoga dengan pencerahan yang dikongsikan memberikan kita kekuatan untuk mendirikan Solat Dhuha dan istiqamah melaksanakannya.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Tip Berniaga Nabi Muhammad s.a.w Untuk Para Usahawan Masa Kini ~ Najamuddin Muhammad

Apabila kita rujuk semula sirah dan riwayat hidup Rasulullah S.A.W, dalam bab pengurusan baginda tidak melakukan suatu perkara dan keputusan secara melulu. Semua disusun secara teratur dan berhemah. Begitu juga dalam urusan perniagaan. 

Seperti yang kita ketahui Nabi S.A.W. juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Baginda S.A.W. memberikan contoh cara berniaga yang terbaik sehingga menghasilkan keuntungan yang besar dan halal. Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W. berniaga sehingga mampu menghasilkan pulangan yang menguntungkan dan halal? Apakah tip-tip utama yang baginda S.A.W. pegang?
Temui jawapannya di dalam buku ini. Penjelasannya dikupas dengan tajam dan padat tentang kepelbagaian strategi perdagangan dan bisnes Rasulullah S.A.W. Semua ini dipaparkan secara padat di dalam buku ini. 

Sebagai nilai tambah, buku ini juga dilengkapi dengan tip-tip yang berguna untuk pengusaha dalam perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa menjalankan urusan perniagaan. Ingin menjadi pengusaha yang berjaya jadikan buku ini salah satu panduannya.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Fadilat Solat Sunat Rawatib ~ Fadhilah Tayyib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Sunat Rawatib terdiri daripada dua bahagian iaitu yang ditekankan pelaksanaannya (muakkad) dan yang tidak ditekankan pelaksanaannya (ghaira muakkad). Bagi solat sunat yang dikerjakan sebelum solat fardu dikenali sebagai Qobliyah manakala bagi solat sesudah solat fardu dikenali sebagai Ba'diyah. Hikmah solat Qobliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui kesibukan aktiviti kehidupan seharian hingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu khusyuk. 

Manakala hikmah solat sunat Ba'diyah bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melakukan solat fardu.Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat sunat rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Daripada lbnu Umar (r.a) beliau berkata: "Saya sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s.a.w), iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dua rakaat lagi sebelum Subuh.

Buku ini menghuraikan tentang kelebihan mengerjakan solat sunat Rawatib yang banyak sekali seperti murah rezeki, menghapuskan dosa, mengangkat darjat seseorang dan lain-lain lagi. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu di dalam buku ini dan bersama-sama kita istiqamah dengan amalan solat Rawatib yang mengiringi solat fardu dalam kehidupan seharian demi meraih keredhaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Friday, March 14, 2014

Harta Dunia Saham Akhirat ~ Hamizul Abdul Hamid


Membongkar rahsia jadi jutawan akhirat melalui sedekah, infak, derma atau zakat. Segalanya, demi menyubur iman, mencambah rezeki!

Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas.

Tahukah anda, hari ini ramai yang lalai dengan tawaran ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah, infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?

HARTA DUNIA SAHAM AKHIRAT, berkongsi rahsia bisnes akhirat yang menguntungkan. Usah khuatir kerana semua tip yang diberi bukan rekaan. Sudah terbukti, ia berhasil! Jadikan buku ini sebagai bantuan untuk mengaut kemewahan. Pasti anda menjadi insan terkaya di akhirat kelak. Percayalah!

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Pimpin Aku Ke Syurga ~ Afdholul Rahman


Secara umumnya, naskhahPIMPIN AKU KE SYURGA ini mengumpulkan 64 buah artikel yang bertemakan anak muda dan perubahan.

Isu anak muda yang sering kali dikaitkan dengan perubahan. Ini disebabkan anak muda semangat yang membara dan tenaga yang kuat untuk merealisasikan cita-cita. Bahkan, kita semua pasti melalui fasa-fasa hidup sebagai seorang anak muda. Kita ini akan, sedang dan telah melaluinya.

Anak muda yang sedang berada di fasa ini merupakan tulang belakang kepada corak masyarakat pada masa hadapan. Jika tulang belakang ini dijaga sebaiknya, maka masyarakat yang lahir pastilah baik juga. Jika patah tulang ini, maka rosaklah masyarakat yang akan datang. Maka itu, anak muda hari ini perlu dijaga dan dididik dengan sewajarnya bagi membentuk peribadi yang diingini Sang Pencipta.

Kita mahukan anak muda yang ada padanya iman, yang, mampu mencetuskan perubahan kepada dunia. Ramai sudah orang yang melalui masa muda, tetapi mensia-siakannya begitu sahaja. Ada yang dihabiskan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan semua itu telah memperkecilkan potensi yang ada pada diri. Justeru, isu anak muda dan perubahan tidak mungkin dipisahkan.

Itulah yang cuba disampaikan melalui buku ini bahawa anak muda sangat berkait rapat dengan perubahan. Tetapi, biarlah perubahan itu digerakkan di atas paksi iman.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Thursday, March 13, 2014

Muhammad Al-Ghazali: Menjawab Soalan Islam Yang Paling Penting ~ Syeikh Muhammad Al-Ghazali

Sesungguhnya ilmu itu adalah khazanah. manakala kuncinya puta adalah pertayaan. Tanpa kuncinya pasti sukar untuk membuka dan mendapatkan khazanah arm berkenaan. tnilah konsep yang diketengahkan di dalam buku ini. Di mana setiap tajuk dibahaskan berdasarkan soalan atau kemusykilan tentang Islam yang ditimbulkan. Penulis mengambil inisiatif untuk menjawab dengan terperinci himpunan soalan tentang Islam di dalam buku ini. Menariknya penulis memasukkan data terkini yang ringkas dan mudah untuk difahami. Dikukuhkan lagi dengan dalil-dalil daripada M-Quran dan As-Sunnah yang dipaparkan secara berurutan. Ini memberikan peluang untuk semua peringkat usia dalam memahami tentang Islam dengan Iebih mudah dan santai. Hasil tulisan ini juga menambahkan lagi khazanah ilmu dalam peradaban Islam di samping memberikan pencerahan di dalam kekeliruan dan keraguan berkenaan sesuatu isu dalam Islam.

Semoga dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh penulis ini memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Islam dalam meraih keredaan Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi ketika ini kita sedang berada di dalam era yang penuh dengan cabaran dan dugaan sama ada dari sudut sosial. ekonomi dan apatah lagi dengan kejatuhan akhiak dan moral dalam masyarakat moden sekarang yang mudah hanyut dalam anus hiburan dan keseronokan dunia yang sementara.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Apabila Doa Sudah Dibaca, Rezekimu Menjadi Murah ~ Sayyid Ahmad Reza, Wiwi Alawiyah Daud

Ingin berjaya dan kaya, maka berusahalah. Jika mahu rnenjadi kaya dan diberkati, maka berusaha dan berdoalah! Ini adalah formula untuk kaya yang tidak dapat disangkal lagi. Tetapi usaha yang disertakan dengan doa lebih besar manfaatnya, bukan sahaja mendapat harta yang berlimpah, malah is juga membawa keberkatan. Buku ini mengungkapkan kepada kita semua rahsia untuk mengaut harta kekayaan dan juga meraih keberkatan dan keredaan Allah.

Tip utamanya ialah berdoa. Bagaimana untuk mendapatkan doa yang makbul dan usaha yang berjaya, yang amat penting adalah keseimbangan antara usaha dan doa. Doa ini akan menghantar kita ke pintu kejayaan dan kekayaan.

Sebagai nilai tambahnya, buku ini juga disertakan dengan kisah-kisah inspirasi mereka yang berjaya di dalam usaha mereka dengan paduan usaha dan doa yang dijadikan senjata ampuh untuk mengaut kekayaan dan meraih keberkatan. Mulakan langkah anda untuk hidup kaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 -  RM14.10

Aqidah Ahli Sunah Wal-Jamaah: Ringkasan Tauhid ~ Hj. Manshuruddin Batu Bara

Tauhid adalah tercermin dalam kesaksian tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan syariat Rasulullah SAW yang diterima dari Allah SWT. Insan yang bertaqwa memulai hidupnya dengan tauhid hidup tenteram. 

Di dalam ringkasan tauhid ini tersimpan segala aspek kehidupan manusia. Tauhid menjadikan keperibadian seseorang penuh dengan hiasan sumber kekuatan. ketenteraman serta mengukuhkan aqidah yang benar dan tidak mudah terpesong dari landasan tauhid d.an aqidah sebenar. Apabila dibaca dan dipelajari, difahami dengan betul. Didalam buku ringkasan Tauhid ini mengandungi dalil Nagli dan Agli laitu mengikut Al-Quran dan Hadis serta aqli (logika) mengikut akal.Br> Ringkasan Tauhid ini mengikut Ayidah Ahlus sunnah Wal Jamaah. Makrifatullah lebih besar dari sinaran matahari kerana matahari hanya bersinar seketika, apabila malam sinarannya pun hilang. Sedangkan makrifatullah itu tetap bersinar slang dan malam malah ketika mal.am cahayanya semakin berkilauan.

Semoga buku ini dapat memberikan sedikit bimbingan tentang sifat-sifat yang wajib, mustahil dan yang harus bagi Allah dan Rasul Nya untuk kita mendekatkan din dengan Ilahi Rabbi. InsyaAllah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...