Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, April 15, 2016

40 Hadis Palsu dan Lemah Popular ~ Abdul Razak Muthalib

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Begitu juga dengan hadis lemah yang tidak boleh dijadikan hujah.

Buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016 ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu dan lemah yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu dan lemah ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’

BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? ~ Dr. Hayya Bilal

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

ANTARA ISI KANDUNGAN
Berkenal-Kenalan
Cinta Itu Aneh dan Dungu
Berkenalan dengan Negro
Makan Pisang
Kena Sebiji
Kenapa Negro Hitam
Mainan Gadis Bujang
Jatuh Tersuka

Thursday, April 14, 2016

Himpunan Tazkirah Canteek 2 ~ Ustaz Hj. Kamil Hj Sidek

Himpunan Tazkirah Canteek 2 karya Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay, merupakan episod sambungan daripada Himpunan Tazkirah Canteek yang pertama. Sebuah contoh karya yang santai dan ringan namun berkesan dalam mendidik jiwa masyarakat yang dahagakan peringatan dan bimbingan.

Jelas sekali hati ini memerlukan penggilap yang merupakan pengisian ilmu dan peringatan bagi membantu membezakan antara yang halal dengan yang haram. Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat disampaikan dengan tepat dan padan. Padan dengan golongan sasaran. Lantas membuahkan hasil tuaian berupa amalan. Begitulah realiti masyarakat pada hari ini, ilmu dan peringatan perlu disampaikan kepada mereka dengan tepat, padat, santai dan ringan. Bertepatan dengan nukilan hukama, 

"Sebaik-baik ucapan ialah ucapan ringkas dan membawa erti yang mendalam."
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Saturday, April 9, 2016

Bidadari Di Pintu Firdausi ~ Grup Karya Bestari

Sebuah naskhah yang menjadi inspirasi untuk kita membentuk diri menjadi seorang insan baik dalam kalangan terbaik.

Menghimpunkan beberapa pandangan peribadi yang berkongsi kisah mengenai seorang Jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat runtuhan kren.

Disertai nasihat dan peringatan yang mampu membangkitkan semangat untuk menjadi hamba yang disayangi dan dicintai Ilahi. Al-fatihah buat Siti Nuroshlizan Zolkifli.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Thursday, April 7, 2016

Kisah Israk & Mikraj: Berdasarkan Riwayat al-Bukhari & Muslim ~ Ahmad Adnan Fadzil

Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. 

Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday, April 5, 2016

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat ~ Roza Roslan

Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka.

Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.

Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!
*****
(SEM & S/S) RM38.00 > RM33.40

Detik Itu... DIA Menguji Kita ~ Noraini Bahari, Muhd Kamil Ibrahim

Seluruh kehidupan adalah ujian, namun ujian duka kelihatan lebih mencabar.

Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian. Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian. Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, April 4, 2016

Tafsir Mini Surah Al-Duha Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

Buku ini hadir untuk membantu ibu bapa dan guru bagi mentadabbur bacaan ayat-ayat suci Allah SWT kepada generasi muda dengan gaya yang lebih interaktif dan menarik minat anak-anak. Buku ini juga menggunakan pendekatan “Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting” yang terbukti mampu menambah perbendaharaan kata. 

Hampir setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

40 Hadis Tentang Keberkatan ~ Mohd Khafidz Soroni

Keberkatan juga merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya yang bertakwa kepadaNya. Keberkatan bukanlah diukur dan dinilai daripada nikmat penggunaannya.

Walaupun sedikit, tetapi mencukupi malah banyaknya boleh diagih-agihkan. Itulah yang dinamakan berkat. Manakala yang tidak berkat adalah sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Praktikal Solat Sempurna ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA menghuraikan secara ringkas dan padat cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah berdasarkan rukun-rukun solat yang telah digariskan para ulama dalam mazhab Syafi‘i.

Kenapa buku ini mesti dimiliki?
- Pencerahan ringkas kepada beberapa persoalan khilafiah berkenaan solat yang menjadi perbahasan di kalangan orang awam.
- Menghuraikan cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah dengan posisi yang tepat seperti solat Nabi, disertakan foto.
- Setiap pergerakan solat dinyatakan dalilnya.
- Bersumberkan kitab rujukan muktabar berbahasa Arab dan bertulisan jawi.
- Bacaan dalam solat juga dijelaskan berserta maksudnya agar pembaca dapat memahami setiap yang dilafazkan dan membantu khusyuk.
- Sebagai bonus, disertakan tip mendapatkan khusyuk dan menghilangkan waswas dalam solat.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...