Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, October 11, 2016

Sejarah Lengkap 25 Rasul ~ Rizem Aizid

Pengutusan para Rasul kepada umat manusia adalah anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Melalui para Rasul, umat manusia seolah-olah disisnari dengan cahaya bimbingan dan petunjuk yang tidak berpenghujung.

Akidah “Laa ilaaha illa Allah” diperteguhkan, akhlak mahmudah dan karimah diperkenalkan, sistem-sistem kehidupan yang sistematik ditonjolkan dan benarlah, kehadiran mereka membawa rahmat ke seluruh alam; “rahmatan lil a'lamin”. Justeru, buku ini membawa anda meneroka lipatan sejarah para Rasul pilihan ini; sejarah kehidupan, mukjizat-mukjizat serta kisah-kisah bersejarah mengenai ketokohan kekasih-kekasih Allah SWT ini. Istimewanya buku ini adalah perbahasan di dalamnya dibahas melalui pelbagai perspektif iaitu Islam, Kristian dan Yahudi dan juga beberapa fakta melalui kesan-kesan peninggalan dan artifak berkaitan mereka yang dijumpai.

Semoga dengan memahami kisah hidup kekasih-kekasih Allah SWT ini akan memberikan motivasi yang luar biasa hebat kepada kita dalam menjalani kehidupan pada akhir zaman ini.
***
(SEM & S/S) RM59.00 > RM51.90

Neredesin? Awak Di Mana? ~ Puteri Nor

Demi duha... Dan malam, apabila ia sunyi sepi.

Gel gör beni aşk neyledi. Mari lihat apa cinta buat kepada saya.

Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar. Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas.

“Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?” – SHAH

Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi.

“Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu.”– AYHAN

Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul.

Monday, October 10, 2016

Talaqqi ~ Anwar Majdi

Ikuti perjalanan kisah benar seorang anak muda di bumi Syria dalam misi mendalami Ilmu, sebelum meletusnya krisis peperangan demi peperangan seperti hari ini. Diceritakan juga 1001 keindahan dan kunikan Syria semasa beliau di sana, namun kini, semuanya semakin terhakis.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

40 Hadis Tentang Kanak-kanak ~ Mohd Khafidz Soroni

Perhatian kepada golongan kanak-kanak adalah penting kerana merekalah yang akan mencorakkan rona kehidupan pada masa akan datang. Mereka merupakan aset dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Justeru, usaha memberi pendidikan dan tarbiah yang terbaik kepada mereka merupakan suatu tanggungjawab yang besar di bahu ibu bapa dan para pendidik secara umumnya.

Himpunan 40 buah hadis berkaitan kanak-kanak ini secara khusus bukanlah ditujukan kepada golongan kanak-kanak, tetapi yang lebih utama ia ditujukan kepada semua ibu bapa, guru dan lain-lain yang terlibat dalam tugas mendidik kanak-kanak. Buku ini diharapkan dapat menjadi panduan dan pedoman buat mereka untuk mendidik kanak-kanak menurut sunah Nabi dan para salafussoleh.
***
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Tafsir Mini Surah Al-Tin Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

Buku Tafsir Mini Surah al-Tin untuk Anak-anak ini masih mengekalkan konsep "Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting" sama seperti buku penulis sebelum ini iaitu Tafsir Mini Surah Al- Duha. Insya Allah, kaedah ini mampu menambah perbendaharaan kata kepada anak-anak khususnya. 

Setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca. Selain itu, peta cerita bergambar yang memberikan gambaran menyeluruh berkenaan surah ini turut disertakan.
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday, October 4, 2016

Bahagia Tanpa Zuriat ~ Noor Laila Aniza

Karya ringkas ini menjelaskan serba sedikit terapi untuk pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Jangan berputus asa daripada rahmat Allah, pasti ada jalan dan ketentuan yang terbaik untuk kita. Redakan hatimu, tenangkan jiwamu, hapuskan air matamu. Selamat berbahagia dunia dan akhirat sekalipun tanpa zuriatmu sendiri!
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Keluarga ~ Rohidzir Rais

Cinta biar sampai syurga, jangan tersekat hanya sekadar nikmat dunia.

Pabila berkasih, kita mahu sehidup semati. Tapi terkadang, kita lupa, hidup ini tidak berhenti di sini. Sehidup semati di dunia, biar nanti hidup balik, dan bersama-sama di syurga.

Mahu kejar syurga, bekalnya ilmu agama.

----------------------------------------------------

“Ustaz, bagaimana kita bezakan darah wanita?”

“Ustaz, boleh solat sunat kalau belum qadha solat fardhu?”

“Ustaz, bila pula lelaki dilaknat?”

“Ustaz, bolehkah mangsa rogol pulihkan daranya?”

Mahu tahu cukup atau tidak bekal, sekurang-kurangnya terjawab soalan di atas ini.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

ISIS ~ Dr. Maszlee Malik, Dr. Abdul Basit, Dr. Mohd Afandi Salleh, Jufitra Johar, Fikri CH, Hj. Syed Mohd Radhi

Siapa ISIS? Siapa pula DAESH? Apa beza dengan ISIL dan IS? ISIS ini benar-benar wujud atau rekaan sahaja? Siapa paling untung daripada kewujudan ISIS? Sekiranya ISIS Islam, kenapa ISIS sanggup bunuh orang Islam? Benarkah Israel di belakang ISIS? Bolehkah berjihad tanpa izin kerajaan?

... Dan banyak lagi persoalan terjawab dalam buku ini.


Antara Kandungan:
Siapakah ISIS?
Dr. Maszlee Malik

ISIS: Pejuang ataupun Petualang Islam?
Dr. Mohd Afandi Salleh &
Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf

Fikrah ISIS
Dr. Maszlee Malik

Kumpulan ISIS Menyubur Islamophobia, Menjerat Belia
Jufitri Joha

Pandangan Para Ulama Mengenai ISIS
Dr. Maszlee Malik

Analisis Isu ISIS
Dr. Maszlee Malik

Faktor Kemunculan Militan Islam dalam Masyarakat
Prof Madya Dr. Mohd Basri Ibrahim

Definisi Jihad, Jenis, dan Hukum
Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Kahwin, Anda Berani? ~ Dr. Sakinah Salleh

Berkahwin, Anda Berani? Kalau berani, sila jumpa Tok Kadi. Tetapi, berkahwin bukan sekadar soal jumpa Tok Kadi ataupun akad nikah sahaja. Bahkan, tentang apa yang bakal dialami selepas berumah tangga.

Buku ini mempersembahkan realiti sebenar asam garam yang berlaku dalam alam rumah tangga. Turut dikongsi inspirasi kekeluargaan serta info fiqh penting yang boleh dijadikan motivasi, buat bekalan bakal pengantin mahupun pasangan yang sudah berkahwin, sebagai panduan bersama.

Jadi, baca dulu buku ini. Selesai baca, baru boleh tahu sama ada ‘Anda berani ataupun tidak’.
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...