Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, June 21, 2022

Mutiara Hikmah Sayyidi Walidku ~ Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Naskhah ini memuatkan 40 kata-kata hikmah berupa nasihat daripada Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Muhd Romli yang dikumpulkan oleh anak beliau Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri.

Istimewanya naskhah ini kerana setiap kata-kata disertai dengan potongan ayat Al-Quran ataupun hadis Nabi.

Nasihat yang disampaikan menyentuh pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, galakan beramal soleh dan menjaga kebersihan hati.

Hadis: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ﷺ ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)

Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:
• Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis. 
• Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya. 
• Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.
• Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.
• Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.
• Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.
• Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

Friday, June 17, 2022

Muhamamd: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal ~ Martin Lings

(SEM & SS) RM76.00 > RM72.00

Buku ini adalah di antara sirah Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup baginda dengan terperinci. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi, dan politik pada zaman awal Islam. 

Ditulis bersandarkan sumber-sumber terawal dalam sejarah Islam dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa, buku ini wajib dimiliki setiap orang.

Al-Habib Muhammad s.a.w Tercinta ~ Abu Bakar Jabir Al-Jazairi

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Buku yang berada di tangan saudara menceritakan tentang sejarah kehidupan Nabi Muhammad yang di dalamnya banyak terdapat ilmu dan petunjuk untuk menambah keimanan seorang hamba. Dilihat dari banyak buku-buku yang menceritakan kehidupan baginda dewasa ini, saya juga berkeinginan untuk menyusun sebuah buku yang menceritakan kehidupan Nabi dengan tidak berulang-ulang, memperpanjang pembahasan dan pengurangan tentang baginda. 

Dengan taufik dan kurnia Allah, saya Iangkahkan kaki saya dalam penyusunan buku ini yang di dalamnya terdapat kemudahan, penjelasan, universal dan lebih-lebih lagi rangkaian peristiwa yang disusun dalam sebuah kesimpulan dan ibrah. Alhamdulillah, buku yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah, banyak kita jumpai di kediaman para muslimin, sehingga manjadi cahaya bagi penghuninya dengan Nabi sebagai ikutan dalam menjalani kehidupan keagamaan, sosial dan politik Oleh sebab itu, saya mengajak kepada seluruh muslim untuk dapat membaca tentang kehidupan Rasulullah walaupun hanya setengah jam sehari semalam. 

Dalam waktu itu, setidaknya selembar demi selembar buku dapat dibaca, sehingga dapat menghasilkan sebuah pengajaran dan ibrah. Dengan kesimpulan dan ibrah semoga dapat menumbuhkan keimanan, makrifat dan akhlak yang mulia serta dapat menumbuhkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi mereka, keluarganya dan para sahabat-sahabatnya.

Mengurus Harta Pusaka: Pusaka Pemangkin Kesejahteraan Keluarga ~ Wan Abdul Halim Wan Harun

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Masalah pembahagian harta pusaka merupakan salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh waris-waris yang terlibat. Hal ini kerana, harta pusaka yang tidak diselesaikan akan menimbulkan masalah pemilikan harta dalam kalangan waris-waris khususnya hartanah. Antara akibatnya ialah membantutkan urusan pembangunan hartanah, menghalang urus niaga dan wujud tanah-tanah terbiar. 

Buku ini memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pembahagian terbaik ke atas harta peninggalan si mati. Buku ini mengandungi empat bab dan dimulai dengan asas hukum Faraid. Diikuti bab dua yang membincangkan tentang tanggungjawab waris-waris menyelesaikan perkara-perkara berbangkit daripada harta peninggalan si mati tersebut. 

Bab empat pula sebagai penutup, pembaca didedahkan dengan permasalahan dalam masyarakat berkaitan dengan urusan pembahagian atau penyelesaian harta pusaka.

Al-Sittin Masalah: Himpunan Hukum Hakam Kewajiban Yang Difardhukan ke Atas Hamba Menurut Mazhab Syafi'i ~ Imam Al-Zahid Al-Masri

(SEM & SS) RM8.00

Kitab al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة) merupakan satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid.

Ringkas dan dimulai dengan perbahasan aqidah diikuti dengan perbahasan fiqh ibadat menurut mazhab syafi'i.

77 Cabang Iman Menurut Al-Quran dan Hadith ~ Imam Al-Qazwini Al-Syaffi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Buku ini adalah terjemahan kepada kitab Mukhtasar Syu'ab Al-Iman karya Imam Al-Qazwini Al-Syafi'i. Imam Al-Qazwini telah meringkaskan kitab besar berjudul Syu'ab Al-Iman karya Imam al-Baihaqi yang mengandungi 77 cabang iman yang menfokuskan kepada beberapa ayat al-Quran, hampir kesemuanya hadis yang sahih, ucapan para ulama, dan bait-bait syair Arab ketika menghuraikan satu persatu tajuknya.

Gagal itu perlu untuk capai kejayaan


Usaha dahulu & barulah kita akan tahu hasilnya. NAK BERJAYA memang akan tempuhi keGAGALan. Cuma bagaimana kita hendak bangkit & terus berjalan, itu yang penting. Don't give up gais. Kalau nak sedih, stress pun, janganlah lama-lama. Enjoy nikmat yang Allah beri kecil, besar atau sederhana.

Buku: Pelbagai Penulis. 2017. Cerita Gagal. Iman Publication. Selangor.

Diari Bacaan Muslim ~ Ikon Syabab

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

"TODAY A READER, TOMORROW A LEADER." 

"PEMBACA HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK." 

Terlalu besar dan manfaat yang diperolehi daripada budaya membaca, sebagai muslim cukuplah dengan perintah yang Allah perintahkan kepada kita dalam wahyu yang pertama.
 

40 Hadis Ancaman Mencela dan Menghina Maruah Kaum Muslimin ~ Imam Hajar Al-Asqalani

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kitab ini merupakan salah satu karya nukilan Al- Hafiz Syihab Al - Din Ahmad Ibn Hajar Al- Asqalani rahimahullah yang menekankan peri penting hubungan sesama Muslim dan menjelaskan larangan serta ancaman yang keras bagi mereka yang bermudah-mudah menghina serta merendah-rendahkan Muslim yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...