Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, November 29, 2022

Kebangkitan Pejuang Terbilang Tanah Melayu ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM39.90 > RM38.00

Sejarah telah mencatatkan bahawa pada kurun ke-18 ramai pahlawan tanah air telah bangkit menentang British, tetapi perang ini berlaku berasingan dalam kawasan (negeri) berlainan dan bukannya perjuangan menuntut kemerdekaan secara serentak di seluruh negara. Sejarah Tanah Melayu memang ada pertumpahan darah dalam perang patriotik yang berlaku pada kurun ke-18 tetapi pertempuran berlaku secara berasingan di negeri-negeri tertentu dan pada masa berlainan. 

Kebangkitan itu berlandaskan rasa tidak puas hati campurtangan British terhadap kuasa tempatan dan bukan satu revolusi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat.
 

Menjejaki Dinasti Firaun ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Kerajaan Mesir diperintah selama sekitar tiga ribu tahun oleh puluhan dinasti. Satu dinasti terdiri dari sejumlah Firaun. Para pengkaji sejarah sejauh ini telah berkesimpulan pada dua nama iaitu Firaun Ramses II dan anaknya Firaun Maneftah yang hidup pada zaman Nabi Musa AS. Yang pertama memerintah hingga tahu 1212 SM. Mumia atau jasadnya telah diteliti ramai pakar arkeologi termasuk Dr Maurice Bucaille, seorang ahli bedah asal Perancis, pada 1975-1976. Nabi Musa AS dipercayai hidup sekitar tahun 1212 SM. 

Para pengkaji berkeyakinan bahawa Firaun yang memelihara dan membesarkan Nabi Musa di istananya ialah Ramses II.
 

Bersyukurlah jika ada rasa bersalah


Pernah tak rasa hati tak tenang bila ada lakukan sesuatu yang terlarang? 
Jika anda, bersyukurlah... 😇.

Buku: Najmi Nawawi. 2016. Head With Serban.

Cubalah perlekehkan orang lain, lihat kesannya beberapa tahun kemudian


JANGAN PERLEKEHKAN ORANG.WHAT GOES AROUND COMES AROUND.

BUKU: SERBAN PUTIH. 2018. TERLENA DI SALAH SYURGA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Tuesday, November 15, 2022

Pemerintah Bayangan dan Big Brother ~ Jagad A. Purba

(SEM & SS) RM37.90 > RM36.00

Ketika suatu negara berhasil dikuasai secara ekonomi terlebih dahulu, hukum, pemerintah dan pemerintahan ialah sasaran selanjutnya. Para konspirator global mempraksal pelbagai pemerintah dan pemerintahan bayangan yang justeru dipilih melalui pemilu dengan mempersiapkan boneka-boneka sebagai kacung untuk menuntun dan mengendalikan "Pemerintah & Pemerintahan Rasmi" baik melalui persetujuan atau penaklukan. Dengan memahami mekanisme kerja Pemerintah Bayangan dan Big Brother, diharapkan setiap penduduk suatu negara untuk dapat mengantisipasi gerak-geri pemerintah bayangan dan menyelamatkan negara dan rakyat daripada kejahatan Pemerintah Bayangan dan Big Brother.

9 Wali Nusantara ~ Abdul Latif Juffri

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Perjuangan Wali Songo Bukan Dongengan. Pendakwah Hari Ini Wajib Mengambil Iktibar. Marilah Kita Berkenalan Dengan Para Wali Ini.
⚫ Siapakah Itu Wali?
⚫ Siapakah Tokoh Sebelum Wali Songo?
⚫ Apakah Peringkat-peringkat Wali?
⚫ Asal-usul Wali Songo.
⚫ Nama Para Wali Songo.
⚫ Peristiwa-peristiwa Karamah Wali Songo.
⚫ Bagaimana Cara Wali Songo Berdakwah.

Cara Mudah Menulis Surat Rasmi Yang Berkesan ~ Amin Hazyq, N.A.Salleh, F. Ghazali

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Dalam urusan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada keperluan untuk membuat kertas kerja untuk pengurusan seperti menulis surat, tidak kira sama ada surat rasmi ataupun tidak rasmi. Sekiranya kita bekerja, kemahiran menulis surat dan membuat kertas kerja pengurusan yang meyakinkan menjadi satu keperluan yang sangat penting.

Kemahiran menulis surat rasmi memerlukan latihan dan pengalaman. Sekiranya anda masih berasa sukar untuk menulis sesuatu surat rasmi atau kertas kerja pengurusan. anda boleh mengikuti panduan yang diberikan. Diharapkan contoh. panduan, senarai rangkai kata dan ayat serta kesalahan lazim yang biasa ditemui dalam surat rasmi yang diberikan dapat membantu anda dalam kerja sehari-hari.
 

Kenali 15 Superfood Dalam Al-Quran ~ Normadiah Daud

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Pemakanan merupakan sumber yang utama dalam kehidupan manusia. Pemakanan yang sihat dan seimbang menjadikan manusia lebih sihat dan terselamat daripada pelbagai penyakit yang berbahaya. Terdapat banyak jenis makanan yang ada disebut di dalam Al-Quran yang boleh dianggap sebagai 'superfoods' kerana mempunyai khasiat seperti vitamin, mineral, protein dan lain-lain yang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang maksimum kepada manusia bahkan juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Justeru, diharap agar buku ini memberikan manfaat kepada para pembaca terutamanya kepada penggemar perubatan tradisional. Kita semua sebagai hamba Allah SWT hanya mampu berusaha. Yang menyembuhkannya hanya Allah SWT.
 

Dr, Saya Nak Tahu: Edisi Otak dan Jantung? ~ Dr. Samhan

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Buku DR,SAYA NAK TAHU edisi Otak dan Jantung adalah hadiah istimewa yang saya ingin berikan kepada sesiapa yang membacanya.

Saya, Dr Samhan. Penulis buku ini. Saya banyak berkongsi ilmu kesihatan dan perubatan di sosial media sejak 2 tahun lepas.
Sehingga kini, Alhamdulillah seramai 1.2 juta pengikut di Tiktok, 330,00 pengikut di Facebook dan 167,000 di saluran telegram.

Saya terfikir, kenapa tidak saya bukukan info-info kesihatan ini?

Jadi idea ini saya teruskan dengan menulis buku ini dan saya mulakan dengan info-info tentang Otak dan Jantung.

Apa isi kandungan buku ini?

TENTANG KEAJAIBAN OTAK YANG ALLAH KURNIAKAN
1. Mengapa Otak lelaki dan perempuan berbeza?
2. Apakah kompenan dalam otak?
3. Bagaimana kanser Otak terjadi?
4. Bagaimana merangsang Otak anak supaya jadi hebat.
5. Buku ini juga tentang kekuatan Jantung.
6. Bagaimana aliran darah dalam Jantung?
7. Bagaimana serangan Jantung terjadi?
8. Rahsia untuk Jantung sihat dan banyak lagi.

Tujuan utama saya menulis buku ini adalah ingin memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak yang lebih cenderung dengan gajet.

Tulisan besar dan jelas disertai dengan gambar-gambar menarik.

Sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ‘bedtime stories’ dan pengajaran di kelas.

Ujian yang diberi ada sebabnya. Kemudian baru kita tahu


Adakala ujian itu memang menguji kita, tapi... Belajarlah bersabar 😣😣Allah akan bantu, dengan caranya tersendiri.Istighfar.

Buku: Aku Tanpa Allah? Nothing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...