Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, June 20, 2023

Soal Jawab Solat Mengikut Mazhab Yang Empat ~ Prof. Madya Dr. Taufik Ismail, Fuad Ismail

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

Kelebihan
Penyampaian yang segar, menarik dan klasik kontemporari dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami hakikat solat dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya

Buku ini sangat sesuai untuk ditelaah dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat bagi membina rangsangan kepada umat supaya beramal, malahan memupuk pengharapan yang jitu kepada rahmat Allah SWT.

Buku ini sesuai dibaca untuk semua masyarakat khususnya kepada para pencinta dan penuntut ilmu syariah. Ia juga sesuai dijadikan daurah atau bacaan dalam kuliah mahupun ilmu di surau, masjid dan lain-lain.

Sinopsis
Buku ini membawakan perbahasan empat mazhab utama dalam mazhab fiqah yang agung, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali. Hal ini dikatakan demikian kerana permasalahan solat adalah permasalahan yang penting dalam perbahasan keempat-empat mazhab dan permasalahan yang mempunyai banyak perbezaan pendapat antara mereka. Namun demikian, kita perlu mengamalkan mazhab Syafi‘i secara umumnya dalam kehidupan seharian kerana masyarakat kita sejak dahulu lagi mengamalkan mazhab ini yang juga merupakan mazhab terbesar yang diikuti seluruh dunia.

Ringkasan Fiqh Al-Jihad ~ Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Isu perbincangan buku ini menjelaskan secara mendalam tentang kefahaman konsep jihad yang sebenar. Istilah jihad selalunya difahami oleh masyarakat secara tidak benar atau terhad dalam perkara tertentu sahaja. Dengan ini, Syeikh al-Qaradhawi bangkit dan menjalankan peranannya untuk mengembalikan umat kepada landasan sebenar secara ilmiah dan berhikmah selepas membuat kajian dalam jangka masa yang panjang secara lebih mendalam.
 

Sunday, June 18, 2023

Kita rancang, tapi perancangan Allaha lebih baik


Rancang apa kita mahu lakukan & usaha ke arah itu. Kemudian, bersangka baiklah yang Allah akan bantu sepanjang prosesnya.

Buku: Nik Alia Hayati. 2017. Listen to your heart. Mustread sdn bhd. Selangor.

Tiada siapa boleh meramal


Buat yang terbaik pada diri sendiri setiap hari.Banyakkan bersyukur pada perkara-perkara kecil walaupum badai ujian melanda 😊😊
Buku: Don't Be Sad. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang ~ Nuraini Shahbuddin

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Perjalanan kehidupan manusia tidak pernah sunyi dari ujian. Adakalanya ujian menjadi asbab manusia semakin gagah berdiri, adakalanya juga ujian membuatkan manusia terduduk sendiri, tidak mampu lagi untuk berdiri meneruskan kehidupan.

Lalu, apakah peranan al-Quran dalam mendidik jiwa manusia menguruskan ujian kehidupan yang penuh dengan rintangan ?

Tidaklah al-Quran itu menjanjikan kesenangan menghadapi ujian kehidupan, namun al-Quran menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk kita bertahan menghadapi ujian kehidupan.

Tahan dan Tenang, Nanti Datang Senang adalah janji Tuhan buat hamba-hamba-Nya yang sabar menghadapi ujian. Sabar dan serahkan segalanya pada Tuhan, pasti nanti tiba saatnya segala urusan kita dipermudahkan. Tenanglah menghadapi ujian.

Buku ini mengandungi 40 infografik tadabbur dan huraian ayat al-Quran yang dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi seorang hamba dalam meniti perjuangan kehidupan.

Buku ini juga dilengkapi ruangan DIY Tadabbur beserta panduan, dilampirkan istimewa buat para pembaca agar berpeluang mentadabbur lebih banyak lagi ayat al-Quran yang boleh dijadikan inspirasl kehidupan.

Al-Ghuluww: Melampau Tidak Ada Tempat Dalam Islam ~ Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Melampau terjadi apabila seorang Muslim bersikap keterlaluan pada satu-satu amalan atau kepercayaan. Sikap ini ditegah dalam Islam kerana ia merosakkan kepercayaan dan ajaran yang ada dalam Islam.

Buku ini menjelaskan sikap melampau yang dilakukan oleh umat Islam. Pencerahan ini bertujuan menjauhkan umat Islam daripada bersikap melampau dalam segala urusan kehidupan mereka. Cukuplah dengan apa yang terjadi kepada generasi lalu yang keterlaluan mengangkat sosok seorang nabi sehingga bertaraf Tuhan. Lalu ajaran-ajaran mereka menjadi cacamarba sehingga tiada lagi cahaya yang tersisa.

Ketahuilah, sebaik-baik jalan yang diterima Allah s.w.t. adalah kembali berada di atas landasan benar yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.

 

Falsafah Hidup ~ HAMKA

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Semakin lama melalui dalam jalan kehidupan, semakin kita menyedari hidup tidak semudah yang digambarkan dalam kisah dongeng masa kecil. Tidak selalu ada bunga dan pelangi yang menemani di tengah perjalanan, meskipun juga tidak selalu dirundung hujan badai.

Namun di atas semua itu, selalu ada rahsia di sebalik apa yang diberikan oleh kehidupan kepada kita. Sedar ataupun tidak, kehidupan mengajarkan banyak hal pada kita agar menjadi lebih kuat. Ada banyak sekali rahsia sekali gus realiti yang dapat dipelajari dalam kehidupan.

Melalui buku ini, Buya Hamka menghuraikan tentang rahsia kehidupan dan perilaku manusia. Tidak ada kelebihan, semuanya sama di sisi Tuhan; kelebihan seseorang daripada yang lain hanyalah takwanya, budinya, dan kecerdasan akalnya. Bukan kerana pangkat atau harta kekayaan. Melainkan, sewajarnya tangan si lemah dibimbing sehingga beroleh kekuatan sehingga tertegaklah keseimbangan. Inilah hidup yang dikehendaki Islam. Inilah Falsafah Hidup yang kita kehendaki….’

Lembaga Hidup ~ HAMKA

(SEM & SS) RM33.00 > RM31.00

Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.

Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.

Maka dalam kandungan ibu itulah tercipta ‘Lembaga Hidup’ itu. Lembaga yang akan dituangkan seketika kita telah lahir ke dunia kelak.

Janganlah lembaga tinggal lembaga, dan kita tidak berusaha menuangnya.

 

Agar Lelah Berbuah Jannah ~ Mohd Yusof Arbain

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Buku ini menceritakan perihal syurga dan segala kenikmatannya yang boleh membantu kita mengenal syurga dengan lebih dekat, agar semakin bermotivasi walaupun penat dalam mengerjakan ibadah atau kebaikan di dunia.

Agar segala kepenatan di dunia terasa ringan kerana nikmat luar biasa menanti di syurga.

Antara perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ini :
• Hakikat Penciptaaan Syurga
• Gambaran Kenikmatan Syurga
• Keindahan Suasana di Syurga
• Keistimewaan Penghuni Syurga
• Teman di Syurga
• Meraih Kenikmatan Tertinggi

Nikmatnya syurga, bukan lagi motivasi biasa, malah pembakar semangat agar terus kuat bertahan menjalani dunia yang sementara demi kenikmatan syurga yang selama-lamanya.

Selamat tinggal kelelahan dunia, selamat datang jiwa yang merindukan syurga.

Agar Rezeki Datang Tidak Terduga ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Buku Agar Rezeki Datang Tidak Terduga menitipkan keyakinan saat kita berikhtiar untuk menjemput rezeki, maka rezeki akan datang dari arah yang tidak terduga.

Betul, ada ketikanya kita berasa sangat gelisah kerana terlalu memikirkan soal rezeki. Hal ini seolah-olah kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

Sebenarnya, kita perlu meyakini setiap manusia yang diciptakan Allah, pasti sudah disiapkan rezeki untuknya dan ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.

Sebenarnya kita patut bersyukur apabila rezeki kita masih menjadi teka-teki dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Maknanya, kita akan semakin dekat, dan hanya berharap kepada Allah yang Maha Esa.

Bukankah itu semua lebih daripada cukup untuk menjamin ketenangan hati kita.
Jadi, tenanglah, kerana Allah bersama kita.

Sekiranya keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati kita maka sebenarnya tidak ada lagi tempat di hati kita untuk bersandar selain daripada Allah.

Lalu melangkahlah sepenuh hati untuk menjemput rezeki Allah yang berkat, tanpa melupakan kewajipan kita kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...