Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, April 30, 2014

Misteri 3 Masjid: Masjidil Haram, masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa ~ Mohd Ali Hasan Zaidany

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti:

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: `Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali( pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang betikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjid an-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (Hadis Riwayat Al-Bukhari.)

Nabi SAW menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah ini. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan solat sebanyak-banyaknya di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda. Tidak semua kita mendapat peluang untuk menziarahi tempat-tempat ini, malah yang mengunjunginya pula tidak semua tahu akan sejarah dan kelebihan yang ada padanya. 

Justeru, buku ini amat bermanfaat yang padat dengan penerangan daripada ayat Al-Quran, Hadis, sejarah silam dan moden, pelbagai bacaan doa-doa yang berkaitan, amalan serta fadilat yang ada pada tempat-tempat di sekitarnya, serta dilengkapi dengan gambar dan rajah. Membaca buku ini akan membawa pembaca merasai kemanisan mengunjungi 3 tempat suci Islam dan meningkatkan rasa rindu untuk menziarahinya. Buku ini umpama ensiklopedia yang padat dengan maklumat tetapi santai untuk bacaan semua golongan dan usia.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday, April 23, 2014

Ramadhan al-Mubarak: Fadilat dan Hukum Puasa ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sebuah buku yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan puasa. Penulis juga turut berkongsi tentang cara-cara untuk menjejak Malam Lailatul Qadar.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti Yang Kukenali ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini mengisahkan tentang seorang tokoh ulama yang paling menonjol dan terbilang di Syria. Beliau sangat dihormati dan disegani. Namun, kehidupannya berakhir dengan kematian yang tragis. Adakah beliau terbunuh?

Antara keistimewaan syeikh ialah bahasanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah.. Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul maka Syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Fiqh Al-Hijrah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini menceritakan mukaddimah hijrah Rasulullah SAW sehinggalah Baginda SAW sampai ke kota suci Madinah Al-Munawwarah. Sekalipun ia bersifat kecil, tetapi ianya penuh dengan iktibar dan pengajaran.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Tuesday, April 22, 2014

Hafazan al-Quran ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Keistemewaan buku ini adalah memberi motivasi kepada penghafal al-Quran, mengemukakan teknik hafazan al-Quran, menyelesaikan pelbagai hukum dan memberi kesedaaran betapa perlunya hafazan al-Quran.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Kalimah Allah: Isu dan Penyelesaiannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Rashidy Jamil al-Rashid, Mohd Aizam Mas'od

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Usul al -Iman wa al-Islam berkata: Allah bermaksud bahawa Dia Maha Berkuasa atas segala makluk-Nya dan bahawa dia tidak berlaku kecuali mengikut kehendak-Nya. Dan bahawa Dia Maha Menguasai dan Maha Perkasa yang tidak boleh dikalahkan dan bahawa Dia Maha Berkuasa yang tidak boleh dilawan dan di atasi dan tidak sah taklif kecuali daripadanya.

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Imam Al-Syafie ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Al-Rabi' berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar kisah orang yang pemurah dalam kalangan kami terdapat sekumpulan mereka, tetapi kami tidak pernah melihat seumpama Imam al-Syafie.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam al-Syafie Siri:1)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Abu Hanifah ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Antara Nasihat Imam Abu Hanifah:
  • Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai tersebut adalah memalukan.
  • Pakailah pakaian yang putih setiap masa.
  • Ingatlah selalu kepada kematian.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Abu Hanifah Siri: 2)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Malik ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mutiara Kata Imam Malik:
  • Ilmu itu cahaya dan ia tidak akan lembut melainkan hati yang bertakwa dan khusyuk. 
  • Apabila seseorang memuji diri, maka hilanglah kebijaksanaannya.
Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Malik Siri: 3)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Imam Ahmad Bin Hanbal ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Pujian Ulama Terhadap Imam Ahmad bin Hanbal.

Abu Ubaid berkata: "Ilmu berakhir dari empat ulama:
Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau adalah sebijak-bijak manusia dalam bidangnya.
Ali bin al-Madini. Beliau adalah orang yang lebih mengetahui dengannya.

Petikan dari Karya Terbaru Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Siri Mawaqif al-Ulama (Imam Ahmad bin Hanbal Siri: 4)

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...