Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, September 15, 2015

Maryam Anak Syurga ~ Ruqayyah Farhani, Abdullah Mubarak

Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.

Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."

ISI KANDUNGAN
Penantian 29 Minggu
Maryam Farihah Anak Syurga
Allah Pinjamkan Maryam 14 Hari
Detik-detik Indah bersama Maryam Farihah
Perkongsian daripada Aku yang Lemah
Daripada Hati Baba Maryam
Seribu Satu Hikmah
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.40

Thursday, September 10, 2015

Check-In Iman ~ Khadijah Khalilah

Tak boleh cepat tak boleh lambat....

Adakala kita rasa macam tak sempat sahaja nak kejar urusan dunia dan tugasan kerja serta belajar. Macam masa 24 jam itu memang tak cukup-cukup. Kenapa itu berlaku?

Sebab itu, kita perlu check-in iman kita.

Masa 24 jam sehari aku, banyak dibazirkan untuk apa?

Sepanjang hidup aku, apa bekalan yang aku dah cari untuk dibawa ke akhirat nanti?

Apa kebaikan yang aku lakukan dalam sehari?

Apa ilmu yang aku dapat hari ini?
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50 

Wednesday, September 2, 2015

Panduan Haji, Umrah, Ziarah (4 warna) ~ Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz

Sebelum ibadah haji,umrah juga merupakan salah satu ibadah sunat. Disamping mendapat pahala, kita dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah yang penuh dengan pengajaran.

Oleh itu,buku ini disusun dengan sistematik dan mengikut tertib dalam menunaikan ibadah haji, umrah serta ziarah.

Usaha ini memudahkan bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah haji, umrah dan ziarah. Dalarn risalah ini juga penyusun berusaha menjauhkan dari berbagai amalan yang menjadi ikhtilaf iaitu perbezaan furu` yang tidak akan mencacatkan ibadah anda.

Oleh itu risalah ini amat sesuai dijadikan panduan bagi rnencapai kesempurnaan ibadah haji.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Tuesday, September 1, 2015

Trust No One ~ Jerry D. Gray

Misteri kehilangan MH370 Malaysia Airlines masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, motif kehilangan pesawat itu masih belum terungkap walaupun banyak pihak sudah menyatakan pelbagai spekulasi dan andaian.

Begitu halnya kepada pelbagai bencana yang berlaku di seluruh dunia seperti gempa bumi di jepun, tsunami di Acheh, banjir di Pakistan, pemanasan global, program kawalan populasi, penipuan vaksin dan pengkhianatan dalam industri perubatan dunia. Aneh.

Buku ini membincangkan konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia.

Agenda keji dengan kolaborasi pihak media menjadikan perancangan yang dilakukan cukup licik sehinggakan ramai di antara kita sudah tertipu dan percaya kepada fitnah.

Jangan biarkan kita menjadi mangsa penipuan dalam senyap.
Kita bukan tuli untuk bersuara, bukan buta untuk menilai.
Oleh itu, jangan percaya sesiapa, persoal segalanya, selidik dengan mata hati, dan iman yang benar.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Rasulullah Is My Doctor: Edisi Bahasa Malaysia ~ Jerry D. Gray

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah s.a.w
Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
Bab 4: Bekam

Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semula Jadi
Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan dari Pasar

Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia
Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran yang Menakutkan Mengenai Vaksin
*****
(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Thursday, August 27, 2015

Perpustakaan Dalam Islam ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Halaman Rentetan terhasilnya buku Kuasa Iqra, SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam. Al-Imam Hasan al-Banna menggalakkan rakan-rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah. Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing-masing. Maka tidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti. 

Malah, ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku-buku atau jatuh kerana memanjat untuk mengambil buku di atas rak. Alhamdulillah kami berjaya menerbitkan buku ini, sekalipun sudah 3 tahun tertangguh, untuk tatapan para pencinta ilmu dan pemilik buku yang bercadang menubuhkan maktabah peribadi atau untuk masyarakat umum. Ini juga lambang cinta kepada ilmu dan buku yang biasanya sinonim dengan cendekiawan dan cerdik pandai.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Merungkai Permasalahan Tentang Rujuk ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku kecil ini digarap untuk membincangkan secara khusus pelbagai hukum dan isu berkaitan rujuk. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam melayari kehidupan agar ia benar-benar menepati hukum syarak.
*****
(SEM & S/S) RM5.00 > RM4.40

8 Surah Pilihan Untuk Diamalkan ~ Umar Mukhtar, Hafizudin Saad

Al-Quran itu, jika boleh kita katakan, ialah penyembuh, penghidup hati yang mati, dan pemberi ketenangan kepada jiwa yang gundah. Maka kami menyusun lapan surah-surah daripada al-Quran ini, tanpa menafikan kehebatan surah-surah yang lain. Dengan harapan sebagai silibus rohani kepada pembaca yang mengharapkan perubahan positif dalam kehidupan. 

Surah-surah yang disusun ini memiliki kelebihan tersendiri terutama pada pengajaran, kisah tauladan dan hikmah-hikmah yang tidak terhitung banyak kepada mereka yang berakal. Bukan sedikit para sarjana mengamalkan surah-surah lazim ini sekali pun sebahagian hadis-hadis fadilatnya berstatus daif. Namun mereka menganggapnya sekadar silibus kehidupan dan jadual peningkatan iman yang dengan membaca, meneliti dan mengamalkan ajaran al-Quran, mereka memperoleh berkat dan manfaat yang tidak terhitung.
*****
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20

Memperkasakan Pengurusan Masjid ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Halaman Selepas terbitnya sebuah buku yang bertajuk Mencari Keikhlasan dan Redha Dalam Menjaga Kemuliaan Rumah Allah maka buku ini diterbitkan dengan penambahbaikan dengan maklumat-maklumat yang baharu. Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua. Begitu juga harapan kami agar boleh menjadi pemangkin dalam penambahbaikan pengurusan masjid dan pengimarahannya mengikut landasan syariat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yang telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili ke rahmatullah setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya.

Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun.

Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku tentang beliau supaya ia dapat dikenali seluruh umat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...