Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, September 28, 2017

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta ~ Adnin Roslan

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. . Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. . Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni!  

Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak!  

Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita”.

Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata kata Cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Kereta mayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal.

Dijalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid…

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaannya adalah amat penting bagi semua umat manusia, malahan, fitnah dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.

Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha...

Penjara ~ Najmi Fetih

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

"Bebas mata melihat dunia. Sehingga tidak sedar kaki terperangkap dalam penjara dosa yang kau sendiri cipta."

Seperti biasa, setiap kali dia menapak masuk ke bilik tersebut, matanya akan tertangkap pada katil sebelah yang sekarangnya kosong tidak bercadar. Dia seolah-olah nampak empunya katil tersebut tersenyum manis ke arahnya seperti biasa. Dia meletakkan begnya di atas katil, mengambil frame yang sedang terpacak berdiri di atas meja belajarnya.

Ridwan melepaskan keluhan panjang. Kali ini dia mengaku, hati yang sering meminta maaf dan memaafkan itu adalah antara hati-hati yang sentiasa tenang. Meminta maaf, tidak semestinya setelah kita melakukan kesalahan. Memberi maaf pula, tidak semestinya setelah diri kita dipermainkan.

Kadang manusia lupa, skrip hidup yang ditulis olehNya itu adalah novel yang terhebat untuk kisah hidup kita. Nak redha, kadang makan masa. Tetapi jangan sampai tak redha, sehingga ia memakan diri kau sampai sakit seksa. Aku ingatkan, jangan selamanya kau terpenjara dalam sangkar dosa yang kau sendiri cipta.

Matanya bebas melihat dunia luar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. Pesan, jangan jadi macam aku. 

Kerna Syurga Bukan Percuma 2 ~ Najmi Fetih

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

Ketika Cinta Menyentap ~ Adnin Roslan

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Hmm…
Aku selalu fikir. Kenapa, kenapa setiap kali bila aku nak buat baik, mesti ada orang kutuk. Setiap kali aku nak berubah, mesti akan ada orang pertikai dan ungkit kisah silam aku. Kenapa tiap kali aku nak ajak orang buat baik, aku akan di label dengan pelbagai labelan dan kutukan….

Aku rasa, siapa yang pernah tegur kawan dia, mesti pernah kena kutuk dengan ayat-ayat macam ni:

“Kau nak tegur, checkla diri kau dulu! Tak payah nak bajet baik. Kau tu poyo je lebih!”

“Babi sial kau ni… Pergi mati la. Apahal kau nak tegur aku? Kau sape?!!”

“Tegur hikmah la sikit bro….!”

Macam-macam ayat yang biasa di keluarkan oleh mulut-mulut orang yang bencikan kebaikan yang di lemparkan pada mereka-mereka yang nak mengajak mereka pada kebaikan.

Dan…….

“Weh, kau tak payah nak syadid sangat boleh tak? Kalau kau nak syadid, syadid sorang-sorang dah la….

” Huh.

Aku fikir, kenapa benda ni jadi? Tapi, bila aku muhasabah diri aku, dan aku soroti serta kembali baca sirah-sirah nabi dan sahabat, akhirnya aku akan dapat buat kesimpulan:

Kamus Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden ~ Mohamed Kassim Abdul Latiff, Rohaya Md. Zain

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Kamus Bahasa Melayu Klasik – Bahasa Melayu Moden ini amat sesuai digunakan oleh para pensyarah universiti dan maktab, mahasiswa mahasiswi, guru-guru sekolah dan khususnya para pelajar yang sedang menuntut dalam Tingkatan 1,2 dan 3 (PT3), Tingkatan 4 dan 5 (SPM) serta Tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas (STPM)

Arkitek Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.” Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan…Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

Pelukis Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”
[Teme Abdullah]

Friday, September 15, 2017

Rejuvenasi Hati ~ Aiman Banna

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Kenapa ada manusia dalam syurga dan kenapa ada dalam neraka? Kenapa tidak semua sahaja yang masuk syurga? Biarkan sahaja neraka itu kosong, tiada penghuni begitu sahaja.”

...mengapa Allah tidak jadikan semua manusia dalam syurga? Dan, tidak perlu ciptakan neraka. Biarlah semuanya ke syurga.

Sahabatku,

Di saat kita sedang khuatirkan diri kita di akhirat kelak; sama ada syurga ataupun neraka, ingin sekali saya bagi satu fakta yang akan menjadi halwa kepada jiwa. Penyejuk hati yang sedang gelisah tentang kedudukan diri di akhirat kelak.

...MANUSIA DICIPTA UNTUK SYURGA.

ya, bahkan tidak pernah pun ada istilah seorang manusia dicipta untuk neraka.

Janganlah kita fikir bahawa Allah sengaja cipta kita di dunia ini supaya kita masuk Neraka. Allah tidak pernah zalim dan selamanya Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah menzalimi hambaNya. Wallahi, tidak!

Henshin: Budak Dari Neraka ~ Abdul Muiez Ruslee

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Orang yang kita rasakan suatu ketika dahulu tidak mempunyai harapan untuk berubah, akhirnya menemui turning point dengan cara yang menyakitkan. Kerana kepedihan itu akhirnya membawa dia ke mercu jaya. Budak Dari Neraka bukanlah satu istilah yang mampu menggugah akidah dan kepercayaan beragama. Tetapi Budak Dari Neraka adalah satu istilah atau lebih tepat disebut sebagai hukuman. Mampukah dia mencapai henshin nya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...