Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, February 25, 2022

Sekufu ~ Aiman Azlan, Dr. Harlina Halizah Siraj

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa. Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri. 

Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah kami tidak sekufu lagi? Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. 

Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan. Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami. Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga. Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.

1+1=27 Fiqh Imam Makmum ~ Prof Dr. Basir Ibrahim Al-Azhari

(SEM & SS) RM43.00 > RM42.00

1+1=27. Ajaibnya matematik dalam solat berjemaah. Apabila 1+1 bukannya menjadi 2, sebaliknya 27 kali ganda pahala terhasil.

Seorang individu hanya memerlukan seorang sahaja makmum ataupun imam untuk mewujudkan solat berjemaah dan mendapat pahala jauh berganda berbanding solat bersendirian.

Buku ini bukan sekadar membicara berkenaan fiqh solat, iaitu fiqh solat berjemaah, fiqh imam, dan fiqh makmum. Ia juga menjawab persoalan dan isu-isu yang menjadi tanda tanya masyarakat mengenai solat berjemaah menurut ulama empat mazhab dengan huraian yang mudah difahami.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini:
1. Apa hukum wanita menunaikan solat bersebelahan dengan suami di Masjidil Haram?
2. Sahkah solat apabila saf wanita mendahului sesetengah saf lelaki dalam masjid?
3. Bagaimana pula dengan situasi wabak yang mengehadkan 40 jemaah sahaja untuk solat Jumaat?
4. Bagaimanakah pasangan suami isteri yang sedang terlantar sakit menunaikan solat secara berjemaah?
5. Apakah penjelasan sebenar mengenai solat berjemaah dengan kadar jarak 1 meter?
6. Bolehkah pondan menyertai solat jemaah?

Tuesday, February 22, 2022

13 Mei: Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 9 Oktober 1969 ~ Penterjemahan Hariz Rashid

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

13 Mei 1969 akan kekal diingati sebagai peristiwa bersejarah negara. Pada hari tersebut, perpaduan yang menjadi batu asas negara ini diganggu-gugat oleh gejolak perkauman yang menyaksikan keganasan berlaku hampir di mana-mana. Dengan tindakan tegas dan segera oleh kerajaan, serta sokongan setia angkatan tentera bersenjata dan polis, situasi pada hari tersebut dapat dikawal. Jika bukan kerana tindakan dan pencegahan segera, susah tentu situasi berdarah ini akan jauh lebih parah.

Bagi sebahagian daripada kita, tragedi ini mempunyai makna yang peribadi buat diri. Namun kita tidak boleh benarkan peristiwa tersebut membuatkan kita terus hanyut. Pada hari tersebut, kita tersentak lalu tersedar bahawa permasalahan kaum di negara kita amat serius, dan langkah yang telah diambil pada masa lalu belum cukup memadai.

"Pengajaran daripada tragedi ini amat jelas. Negara ini tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengadu domba dan menghasut masyarakat yang akan menyebabkan permusuhan sesama mereka. Untuk memastikan tragedi ini tidak akan berulang pada masa hadapan, kita perlu memastikan isu yang akan mengeruhkan perhubungan antara kaum tidak akan dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."—Tun Abdul Razak bin Hussein, Pengerusi MAGERAN

 

Monday, February 21, 2022

Making Art Out of Pain ~ Idayu Mumtaz Iskandar

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘Is it possible for beautiful things to come from a place of hurt and disappointment?’

A beautiful life is not always one that goes on smoothly. A beautiful life is when the soul finds a way to make peace with the rough edges of existence. A beautiful life is interpreting the whole spectrum of human experiences, through the lens of faith.

Fuelled by revealed divine verses and pressing personal reminiscences, this book coupled with vivid metaphorical watercolour artworks offers ten crafts to carry on when in the throes; to challenge what we perceive events in life to represent, how we respond to the unexpected, unfamiliar, and unpleasant, and what we choose to become in the face of everything.

 

Projek Muhammad ~ Dr. Atiyah Azmi

(SEM & SS) RM32.00 > RM31.00

“Anak puan 16 tahun masih diizinkan untuk melihat, tetapi cucu saya lahir-lahir sahaja sudah tidak mampu melihat. Pandangannya hanya terlihat bayang-bayang.” - Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

*********************
Muhammad, kelahirannya dinanti.
Muhammad, keistimewaannya disyukuri.
Muhammad, kepulangannya ditangisi.
********************************************

Projek Muhammad adalah perkongsian pengalaman insan-insan hebat yang diuji oleh Allah s.w.t. bagi meraikan kehadiran khalifah istimewa daripada-Nya. Keindahan sifat redha dan sabar begitu sinonim dalam kisah ini. Itulah nikmat sebenar yang Allah s.w.t. berikan setiap detik bersama Muhammad. Baca kisahnya dan hayati pengajarannya bagi meningkatkan rasa syukur kita kepada kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Thursday, February 10, 2022

Faridah Al-Fara'id Fi 'Ilmi Al-'Aqa'id: Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah ~ Ahmad B. Muhammad Zain B. Mustafa B. Muhammad Al-Fathani

(SEM & SS) RM6.00 

Kitab ini membicarakan Ilmu Tauhid iaitu Ilmu Usuluddin atas mazhab Imam Asy’ari yang terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masalah karangan Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad Al-Fathani.

Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok ia merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini kecil dan ringkas tetapi isinya amat padat dan bermanfaat bagi pencinta ilmu.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ilmuan Islam nusantara dapat kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan umat Islam khususnya di Malaysia ini.

 

Qathrul Ghaitsiyyah: Curahan Ilmu Tasawwuf Berdasarkan Syariat Nabi Muhammad s.a.w ~ Husin Nashir B. Muhammad

(SEM & SS) RM12.00 > RM11.50

Kitab Qathrul Ghaitsiyyah ini merupakan sebuah kitab yang telah dikarang oleh Syeikh Husin Nashir bin Muhammad Thayyib Al-Mas'udiy Al-Banjariy. Kitab ini ialah sebuah kitab yang membicarakan tentang ilmu Haqiqat dan ilmu Tasawwuf berdasarkan syariat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wa sallam.

Kitab ini merupakan hasil daripada usaha transliterasi daripada kitab asal yang bertulisan Jawi kepada Rumi yang dilakukan oleh ustazah Noraine Abu bagi memudahkan generasi sekarang yang kurang mahir dengan tulisan Jawi lama. Alih tulisannya ke tulisan Rumi dilakukan tanpa sebarang pindaan dari segi gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal pengarang serta bagi memudahkan mengikuti pengajian.

Semoga dengan terbitnya buku ini akan memberi lebih kefahaman kepada masyarakat terhadap ilmu Tasawwuf yang merupakan salah satu cabang ilmu di dalam agama Islam yang sering disalah anggap dan ditohmah serta tidak langsung menjernihkan kekeruhan yang berlaku.

 

Hamparan permaidani buat Nabi Sulaiman a.s.


Ifrit, iblis, jin, angin, binatang semua tunduk pada kekuasaan Nabi Sulaiman a.s. Dia Nabi yang dikurniakan Allah mukjizat lain berbanding yang lain.

Nabi Sulaiman memahami & mengerti apa yang dibicarakan oleh setiap makhluk di muka bumi. Baginda mampu menundukkan sesiapa sahaja dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya dalam menyebarkan Islam.

Hadis Nabi berkaitan dengan menziarah ke tempat kaum dilaknat Allah


Kaum 'Aad, Tsamud, Luth, Firaun, Madyan adalah antara kaum yang dilaknat Allah. Mereka banyak melakukan kerosakan pada bumi & manusia.

Sebaik azab Allah ditimpakan pada mereka, kawasan tempat tinggal yang dibanggakan menjadi padang jarak padang tekukur. Mayat mereka bergelimpangan tidak bernyawa & ada yang diterbalikkan ke dalam tanah kerana kekufuran mereka.

Untuk yang berziarah ke sini, ikutlah peringatan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Monday, February 7, 2022

133 Hadis Fadhilat Surah, Ayat & Membaca Al-Quran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam yang juga merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kemuliaan dan kelebihan Al-Qur’an dan setiap isi kandungannya disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis Baginda. Naskhah ini mengumpulkan 133 hadis yang menyebutkan kelebihan Al-Qur’an, ayat dan surah tertentu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita bagi mendapat pelbagai manfaat di dunia dan akhirat. Antaranya:
  • Membaca Al-Qur’an akan mendapat pahala berganda sama ada pembaca itu sudah mahir atau baru belajar. 
  • Mendapat syafaat Al-Qur’an pada hari kiamat.
  • Surah Al-Fatihah boleh dibaca sebagai wasilah untuk menyembuhkan sengatan binatang berbisa.
  • Sekali bacaan surah Az-Zalzalah, pahalanya menyamai pahala membaca setengah Al-Qur’an.
  • Membaca surah Al-Kafirun untuk menjauhkan diri daripada syirik.
  • Membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan dapat masuk syurga.
  • Menghafaz 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahf akan terselamat daripada fitnah dajjal.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...