Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, October 19, 2020

Lana Living As An Autistic ~ Syahirah Omar, Lana Darwisya

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh,
Lana mula bersuara.
Kata Lana hidung dia selsema.
Apabila dihembus, keluar darah sikit.
Aku cakap,”Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak.”
Lepas tu, dia cakap dia tak berasa sihat nak ke sekolah.
“Ada yang kacau awak kat sekolah?”Aku menyoal.
“I don’t know mama.”
“Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?”

“HOW TO EXPLAIN MY FEELINGS WHEN I CAN’T FIND THE WORDS, MAMA?”
……………………………………………………………….

“Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman. Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis. Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam kekasih dirampas orang ketiga. Haih.

Sebab itu ramai anak Asperger kemurungan apabila bercampur dengan orang lain. Emosi mereka berbeza. Cara faham, lihat, bau, rasa dan dengar semuanya berbeza.”

Lana, Living As An Autistic, bukan sebuah buku yang biasa-biasa. Ia adalah sebuah perkongsian seorang ibu yang struggle membesarkan seorang anak autistik, dan juga bagaimana beliau berjaya mengharunginya. Selain perkongsian pengalaman bersama Lana, beliau juga banyak kongsikan tip berguna buat panduan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak seperti Lana, iaitu seorang asperger. Baca juga luahan hati seorang anak asperger, iaitu Lana sendiri.

Dengan membaca buku ini, kita akan lebih memahami apa itu autism, apa yang perlu dilakukan dan yang penting lebih memahami perasaan anak-anak istimewa ini. Dan jangan tak percaya, ada dikalangan anak-anak ini mempunyai tahap IQ yang tinggi ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...