Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, October 19, 2020

Tadabbur Ibrah: Kisah Ajaib dan Fakta Saintifik Makhluk-makhluk Terawal Dicipta Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka ~ Prof Madya Dr. Rozaimi Ramle, Zaharuddin Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah kisah. Namun, kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran tidak sama dengan sebarang penulisan hikayat, dongeng, epik, prosa, cerpen, novel ataupun buku sejarah sekalipun.

Fokus cerita dalam Al-Quran adalah untuk ditadabbur dan dihayati ibrahnya kerana ia adalah petunjuk yang sahih daripada Alah s.w.t secara hakiki. Secara umumnya, para Ulama’ Al-Quran membahagikan kisah dalam Al-Quran kepada dua bahagian iaitu kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah umat terdahulu yang tidak melibatkan para nabi dan rasul.

Sebahagian ulama lain juga membincangkan kisah-kisah binatang yang disebutkan dalm Al-Quran. Namun, tidak ramai ulama yang memberikan tumpuan kepada kisah-kisah makhluk yang terawal diciptakan Allah s.w.t. Namun, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasasul Anbiya’ menjadikan perkara ini dalam bab pertama

kitabnya.

Buku ini membicarakan mengenai kisah makhluk-makhluk terawal yang diciptakan Allah s.w.t., kisah yang sungguh ajaib bahkan saintifik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...