Seseorang yang ditimpa musibah hendaklah lebih dahulu melakukan muhasabah, memeriksa ke dalam dirinya sendiri, mengapa perkara itu menimpa dirinya. apakah ia sebagai hukuman atas kesalahannya atau merupakan ujian atas keimanannya. Perkara ini amat penting sekali, kerana dengan cara itu dia tidak akan kehilangan punca atau dapat mengawal dirinya dan mencari jalan yang hendak dilaluinya seterusnya.
Pengarang buku ini berusaha membantu pembaca budiman. terutama pembaca yang ditimpa musibah, untuk mencari jalan keluar atau penawar agar seseorang itu boleh menentukan arah tuju yang akan dilaluinya selepas itu, benarkah musibah itu didatangkan sebagai sarana penghapus dosa bagi manusia dan sejauhmana hubungan musibah itu dengan qadak dan qadar yang sudah ditentukan oleh Allah untuk hambaNya.
No comments:
Post a Comment