Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, October 23, 2020

Ensiklopedia Kisah Para Nabi ~ Ibnu Katsir

(SEM & SS) RM100 > RM90

Allah SWT menjadikan Adam, sebagai bapa manusia, dengan tangan-Nya yang mulia. Membentuk tubuhnya dan meniupkan roh padanya. Lalu para malaikat sujud (hormat) padanya. Kemudian Allah menciptakan isterinya, iaitu Hawa, sebagai ibu manusia. Kehadiran Hawa yang ditempatkan di syurga, membuat Adam menjadi tenteram kerana telah memiliki isteri sebagai pendamping hidupnya di syurga. Allah melimpahkan nikmat-Nya kepada kedua-dua pasangan suami isteri. 

Kemudian Allah menurunkan kedua-dua manusia ini (Adam dan Hawa), ke bumi, sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan yang penuh dengan hikmah. Dari Adam dan Hawa itu, Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Atas kekuasaan Allah yang agung, Dia menjadikan di antara mereka ada yang menjadi raja (penguasa); ada pula yang menjadi rakyat jelata, ada yang fakir dan ada pula yang kaya; ada yang merdeka ada pula yang hamba sahaya. Allah menempatkan mereka di seluruh penjuru bumi. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di atas bumi. Sebahagian mereka menggantikan pada sebahagian yang lain. Begitulah seterusnya hingga datangnya hari perhitungan amal (hari kiamat), di hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

Amma ba’du, dengan memohon pertolongan Allah dan berkat petunjuk dan hidayah-Nya, saya dapat menulis kitab Qishashul Anbiya’ (kisah para nabi) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, hingga kisah sejarah pada masa Bani Israil, serta zaman Jahiliah sampai pada amsa Nabi terakhir, iaitu Nabi kita, Muhammad SAW. Saya juga kemukakan sejarah (sirah) baginda SAW sebagaimana seharusnya. Kami tidak mengemukakan cerita-cerita israiliyat, kecuali dengan diizinkan oleh peletak syariat (As-syari’) untuk mengutipnya, yang tidak bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Iaitu sebahagian kisah israiliyat yang tidak dibenarkan dan tidak pula didustai. 

Kami mengemukakan di sini secara ringkas apabila dipandang perlu, hanya sekadar untuk menambah keindahan bukan sebagai hujah dan tidak pula sebagai sesuatu yang dijadikan pegangan. Kami hanya berpegang dan mendasarkan pada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah yang dipandang daif, kami menjelaskannya. Kepada Allah, kami mohon pertolongan dan berserah diri. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung (laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil azhiim). 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demikianlah Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebahagian kisah umat yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu dari sisi Kami suatu peringatan (Al-Quran).”(Thaha:99)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...