Sebaik-baik umat ialah mereka yang mengerti sejarah hidup Nabinya kemudian meneladani cara hidup telah ditunjuk ajar. Peribadi Rasulullah SAW ibarat Al-Quran yang berjalan di atas bumi. Kerana itu sesiapa yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai Uswah Hasanah bererti ia telah mengamalkan Al-Quran. Nabi Muhammad SAW adalah manusia teragung yang mempunyai akhlak luhur, peribadi mulia dan sebagai insan sempurna.
Jika sebahagian pemimpin atau tokoh manusia lain ada mencipta sejarah pada masa ia masih berkuasa dan seterusnya hanya tinggal atau dikekalkan dengan bentuk patung-patung, bahkan di antaranya ada juga yang menjadi bahan kutukan oleh generasi sesudahnya, namun manusia agung Nabi Muhammad SAW, sirah dan sejarahnya tetap anggun dan semerbak mewangi di sepanjang zaman bahkan menjadi penyuluh hidup manusia seluruh dunia sehinggalah hari Kiamat.
Perbezaan ini disebabkan dari sumber sejarah yang keduanya sangat berlainan, sejarah Rasulullah SAW adalah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang keduanya berasal daripada Allah SWT sedangkan sejarah manusia atau pemimpin lain adalah dari budaya manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment