Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.
Kesemua hadith-hadith ini merupakan hadith-hadith sahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas. Memang secara umum Rasulullah SAW memiliki kelebihan-kelebihan dalam