Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, January 9, 2014

Keajaiban Sains Dalam Hadis ~ Dr Zaghlul Al-Najjar

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.

*****

(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah ~ Yusuf Al-Hajj Ahmad

Buku ini adalah sebuah Ensiklopedia yang sangat mengagumkan. Merupakan sebuah karya berasal dalam Bahasa Arab, oleh Yusuf al-Hajj Ahmad, dan diterjemahkan oleh Hj Abu Maulana MA, Hj ABu Hana Lc dan Hj. Agus Irawan Lc. Ia menghimpunkan kemukjizatan Sains dalam al-Qur'an dan As-Sunnah. 

Antaranya:
1) Kemukjizatan Ilmu Ghaib
2) Kemukjizatan Sejarah
3) Kemukjizatan Syariat
4) Kemukjizatan Numeral
5) Kemukjizatan Artistik
6) Kemukjizatan Sains
dan banyak lagi..
Subhaanallah...

*****

(SEM) RM79.00 - RM69.50
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Tanda-tanda kiamat: Tanda Kecil & Tanda Besar ~ Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil

Hari Kiamat sudah dekat, manusia semakin ramai dan bumi sudah semakin sempit. Ekonomi semakin meningkat dan pembangunan semakin pesat. Manusia berlumba-lumba membuat bangunan mewah dan tinggi, hutan ditebang dan alam sudah tidak seimbang lagi. Di samping itu, rasa kasih sayang sesama manusia semakin hilang. Dimana-mana terjadi pembunuhan sehingga ada orang yang tergamak membunuh anaknya, begitu juga membunuh ayah atau ibunya. Sekarang, sifat cemburu dan dengki semakin banyak bersarang di hati manusia, begitu juga sifat munafik dan ketidakjujuran. Itu semua merupakan tanda kiamat.

Benarkah keadaan dunia sekarang sudah semakin sedemikian rupa? Memang begitulah keadaanya sekarang ini. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, benarkah hari kiamat sudah dekat? Dari dahulu lagi yakin zaman Rasulullah s.a.w dikatakan hari kiamat sudah dekat ternyata sampai sekarang dunia belum kiamat. Kalau begitu, apakah janji Rasulullah s.a.w tidak tepat atau kita yang salah dalam memahami kiamat yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w itu?

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM49.00 - RM43.10

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Terbukti Menurut Sains ~ Yanuar Arifin

Lebih 1400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah S.A.W telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda S.A.W. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang serba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah S.A.W itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam.

Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepat dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda S.A.W tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata terbukti secara ilmiah dan kajian sains.

Dengan apa yang dihidangkan di dalam buku ini, akan memberikan ilmu dan manfaat yang besar kepada kita. Semoga dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wednesday, January 8, 2014

Bacalah Surah Yasin Agar Hidupmu Lebih Kaya dan Penuh Berkat ~ Lutfi Kirom Az-Zumaro

Berapa ramai yang sudah sekian lama bekerja dan mengumpulkan banyak harta dan wang ringgit, namun itu semua tidak mampu membuatkan kehidupan mereka tenteram dan bahagia.
Mungkin di sini terdapat di dalam harta mereka, unsur-unsur yang tidak berkat. Mungkin juga proses kerja atau cara kerja mereka telah menyebabkan keberkatan di dalam harta itu terhakis.

Buku ini menghuraikan perkongsian yang menarik berkenaan 7 kunci yang boleh kita praktikkan untuk mencapai keberkatan di tempat kita bekerja. Di antaranya ialah disiplin bekerja, kegigihan, komitmen, tanggungjawab, kejujuran, etika kerja dan menjaga amanah dengan baik. Semua ini diperjelaskan secara mudah dan menarik.

Apalah gunanya harta yang bertimbun, sekiranya ia tidak membuatkan kehidupan kita tidak tenteram dan bahagia? Maka untuk mulakan sekarang raihlah kekayaan yang penuh keberkatan agar hidup kita lebih tenteram, bahagia dan diberkati Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

50 Amalan Menempah Tiket Ke Syurga ~ Saiful Hadi El-Sutha

Kata-kata dan bahasa tidak mampu untuk melukiskan betapa gemilangnya kenikmatan mahupun keindahan syurga dan isinya. Inilah juga yang menyebabkan semua orang menginginkan syurga sebagai tempat kembali dan rumah abadi mereka di akhirat kelak. Persoalan yang timbul ialah sudahkah kita mengumpul kebajikan untuk menempah tiket ke syurga? 

Sekiranya belum ataupun dana kebajikannya masih kurang, bacalah buku ini. Dikongsikan di dalamnya berkenaan 5o tiket sangat mudah untuk menuju syurga Allah S.W.T. dan tip bagaimana untuk mendapatkannya. Ditambah lagi dengan peringatan kepada kita, sekiranya tidak menyediakan diri secukupnya menuju kehidupan yang abadi akan sering tergoda dengan godaan syaitan yang menjerumuskan manusia ke neraka yang dahsyat dengan seksaannya.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Basmi Gejala Kanser Dengan Solat Tahajjud ~ Yanuar Arifin

Seperti yang sering kita dengar, kelebihan solat tahajjud mampu mengangkat martabat seorang manusia di sisi Allah S.W.T. Selain itu pengamal solat tahajjud juga akan memperlihatkan disiplin diri yang tinggi serta berkeyakinan teguh. Namun amat jarang sekali kita mendengar kelebihan solat tahajjud ini dari sudut kesihatan.

Buku membongkar kelebihan solat tahajjud yang mampu memberikan kesan positif terhadap badan manusia untuk melawan pelbagai penyakit salah satunya adalah kanser. Terbukti solat tahajjud mampu meningkatkan ketahanan tubuh serta melawan sel-sel penyakit kanser dalam tubuh manusia. 

Mungkin kita masih tertanya-tanya bagaimanakah ia mampu membasmi kanser? Atau apakah jenis kanser yang boleh dibasmi dengan solat tahajjud ini? 

Untuk pencerahan yang lebih terperinci, temukan jawapannya di dalam buku ini. Sungguh menarik dan informatif dalam mengupas persoalan manfaat dan kelebihan solat tahajjud dalam menyembuhkan penyakit kanser. Semoga dengan perkongsian ini memberikan sebuah motivasi baru untuk kehidupan yang lebih bermakna.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Tuesday, January 7, 2014

Al-Masih Al- Dajjal: Manusia Yang Dimurkai Allah ~ Azmi Haji Abdullah @ Zahedy

Kitab Al-Masih Al-Dajjal ini adalah sebuah buku yang menarik yang harus dimiliki yang dan dibaca oleh setiap individu dalam mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan peritiwa dan fitnah yang bakal berlaku di akhir zaman sebelum tercetusnya Hari Kegoncangan yang amat dahsyat.

Kitab ini membicarakan ketibaan Al-Masih AI-Dajjal sebelum berlakunya Hari Kiamat dari perspektif dan sudut yang amat menarik dan mendalam, bukan berdasarkan takrifan yang biasa didengari daripada ceramah-ceramah agama, ataupun kefahaman yang agak terbatas. Penulis buku ini, menghuraikan sifat dan peribadi Al-Masih Al-Dajjal serta tanda-tanda yang akan timbul sebelum kedatangannya secara yang tersurat dan tersirat, berdasarkan nas dan dalil yang sahih daripada al-Quran dan Al-Sunnah. Di samping menggunakan fakta-fakta lain yang berkaitan seperti fakta sejarah, analisa peristiwa yang telah berlaku dan sebagainya. 

Secara umumnya, tanda-tanda kedatangan Al-Masih Al-Dajjal yang, berasal daripada keturunan Yahudi yang akan dimusnahkan oleh Nabi Isa alaihissalam. Ia telah pun berlaku sejak sekian lama dan ia akan berterusan hingga sekarang yang menandakan bahawa dengan turunnya Al-Masih Al-Dajjal sebagai salah satu tanda besar Kiamat sudah semakin hampir dan amat pasti sekali.

Dengan membaca buku ini, para pembaca akan dapat berwaspada dan mengelak dirl daripada terjebak menjadi pengikut Al-Masih Al-Dajjal di akhir zaman ini.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Untaian Hikmah Penyuci Rohani ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Tanpa jiwa yang bersih sukar amok mencapai ketenangan dalam hidup. Kecukupan dari sudut kehendaan dan zahir sahaja tidak mampu menyediakan ketenangan kepada jiwa. Ketenangan hanya mampu diraih apabila had terdidik dengan sifat sabar, redha dan syukur. Hubungan dengan Allah dijaga dengan baik maka hubungan dengan manusia akan pasti menjadi lebih mesra dan menenangkan.

Kitab Jala' al-Khatir merupakan himpunan kajian yang disampaikan oleh Syeikh Abdul Qadir untuk khalayak umum dan khusus. Ini merupakan kajian yang membahaskan bahaya jiwa dan akhlak yang menghalang hubungan balk antara manusia dengan Tuhannya. Di dalam kitab ini dijelaskan tentang bahaya-bahaya tersebut clengan huraian yang mampu menembus celah-celah had dan membuatkan anda mampu melihat segala sesuatu, kecuali Allah S.W.T. Selain itu, kitab ini juga menggambarkan "terapi Ilahi" yang dijelaskan di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Dengki, kemunafikan, pertikaian, lemahnya keimanan, akhlak yang buruk, kezaliman, serta masih banyak lagi perbuatan yang buruk dihuraikan dalam kitab ini berserta cara-cara mengubati penyakit hati tersebut.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, menjadi satu inspirasi untuk kita mencapai sehuah kehidupan yang tenang lagi diberkati Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Karamah Para Sahabat Nabi s.a.w (Hard cover) ~ Ustaz Rachmat Ramadan Al-Banjari

Sekiranya mukjizat itu dikurniakan secara khusus kepada para nabi dan rasul untuk menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T, maka karamah pula dianugerahkan kepada orang pilihan yang hampir, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. 

Ada berbagai bentuk karamah yang dianugerahkan Allah kepada mereka "teristimewa" itu. Abu Bakar, sebagai contohnya, ketika ada tetamu, sedangkan makanan di rumah sangat sedikit, tiba-tiba makanan yang dihidangkan kepada tetamunya menjadi banyak dan semua orang mendapatkan bahagiannya. Beliau juga diberikan karamah mengetahui kematian dan jantina anaknya yang bakal di lahirkan. 

Manakala seorang lagi sahabat iaitu Umar bin Khattab dianugerahkan karamah berupa kemampuan berbicara dengan orang mati. Selain itu, karamah terbesar Umar adalah syaitan takut kepadanya. Sebuah keajaiban yang Allah anugerahkan hanya kepada mereka yang menjadi kekasih-Nya. 

Buku ini merupakan kitab himpunan karamah amat dahsyat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti, moralnya agar kita mengambil pelajaran yang sangat berharga, bahawa Allah S.W.T. benar-benar Maha Kuasa. Selamat membaca dan ambillah hikmah sebesar-besarnya dari buku ini.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...